
PETALING JAYA – Melancong ke Maldives pastinya menjadi salah satu impian kebanyakan rakyat Malaysia apatah lagi apabila ia sering dipadankan dengan destinasi percutian untuk berbulan madu kepada pasangan pengantin baharu, keluarga muda atau buat pasangan kekasih, sesuai untuk keluarga serta pasangan warga emas.
Sesiapa sahaja boleh berkunjung ke Maldives untuk menikmati pelbagai pengalaman percutian untuk menambah lagi diari penerokaan mengikut keperluan dan bajet masing-masing.
Pastinya pelbagai pakej percutian dengan pelbagai aktiviti menarik riadah, dan santai berkonsepkan pantai, lautan, berenang serta aktiviti lain dengan pemandangan unik sering diwar-warkan dalam platform media sosial menjadikan ia semakin tular dalam kalangan peminatnya dari seluruh dunia.
Ramai juga kini mengintai peluang untuk membeli tiket penerbangan ke Maldives bagi merealisasikan impian percutian masing-masing, apatah lagi pada musim yang bersesuaian.

Oleh itu, salah satu destinasi percutian mewah, santai dan begitu bermakna, Jumeirah Olhahali Island yang tampil dengan edisi musim panas melalui program terbaharunya bersempena edisi musim panas iaitu From Seasons to Stories.
Edisi istimewa yang padat dengan pelbagai program dan aktiviti sedang berlangsung dari sekarang hingga 30 September 2026.

The post Rancang percutian musim panas di Jumeirah Olhahali Island, Maldives appeared first on Kosmo Digital.

