Auto Added by WPeMatico

![]()
GEORGE TOWN – Anggota penguat kuasa yang ingin berubah dan kembali berintegriti perlu berani melepaskan gaya hidup di luar kemampuan demi membanteras gejala rasuah atau salah guna kuasa.
Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, perubahan tidak boleh berlaku dalam tempoh yang singkat, sebaliknya memerlukan keazaman tinggi daripada individu terbabit.
Menurutnya, mereka yang sudah lama terbiasa dengan gaya hidup mewah sukar untuk kembali menjalani kehidupan sederhana kerana masih dibebani pelbagai komitmen kewangan seperti pinjaman rumah, kenderaan dan hutang lain.
“Amaran ni saya rasa semua pun dah tahu. Tengok, dengar dah berapa kali saya cakap. Akhirnya, saya pun pernah cakap, dia jatuh kepada individu itu sendiri.
“Sekiranya dia telah terbeli dengan cara hidup mewah, untuk dia ingin bertukar kepada satu cara hidup yang sepatutnya, memang memakan masa.
“Dia tak boleh ubah satu hari. Sebab apa…loan rumah nak bayar, loan kereta nak bayar, macam-macam loan nak bayar. Melainkan dia sanggup melepaskan apa jua di luar daripada kemampuan untuk kembali hidup sepertimana sepatutnya,” tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai amalan rasuah membabitkan anggota dan pegawai yang bertugas di pintu masuk negara.
Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya optimis anggota yang menyertai program AKPS mempunyai keinginan untuk berubah dan memperkukuhkan integriti dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan sempadan negara.
“Saya optimistik mereka yang memasuki AKPS mempunyai keinginan untuk berubah ke arah itu. Alhamdulillah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
The post Komitmen tinggi punca sukar tinggalkan rasuah appeared first on Kosmo Digital.
