Auto Added by WPeMatico

![]()
The post Belanjawan 2027: Elaun murid istimewa, autistik naik RM200 sebulan appeared first on Kosmo Online.
Auto Added by WPeMatico

![]()
The post Belanjawan 2027: Elaun murid istimewa, autistik naik RM200 sebulan appeared first on Kosmo Online.

![]()
PETALING JAYA – Agrobank memperluas usaha pembangunan bakat dalam sektor agromakanan menerusi Projek Tanaman Lestari Sekoi yang memberi pendedahan praktikal kepada pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam pertanian lestari, inovasi dan keusahawanan.
Dilaksanakan dengan kerjasama Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (BPLTV), ia melibatkan enam institusi TVET pertanian terpilih dan akan dilaksanakan secara berperingkat dari Oktober 2026 hingga September 2027.
Projek ini dijangka memberi manfaat kepada seramai 775 pelajar dengan kawasan tanaman keseluruhan seluas enam ekar, merangkumi enam institusi kolej pertanian vokasional seluruh negara.
Sebagai tanaman yang tahan lasak, sekoi sangat cekap menggunakan sumber dan mampu mandiri dalam keadaan gersang, biarpun kurang bertoleransi terhadap banjir jangka panjang.
Potensinya yang meluas sebagai alternatif makanan, makanan haiwan, dan komoditi komersial menjadikannya tanaman strategik masa hadapan.
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, pembangunan sektor agromakanan memerlukan bukan sahaja akses kepada pembiayaan, tetapi juga generasi baharu yang mempunyai kemahiran, pengetahuan dan minda keusahawanan.
“Melalui projek ini, kami mahu membuka perspektif generasi muda bahawa pertanian hari ini bukan lagi sekadar aktiviti pengeluaran. Ia mempunyai ruang yang luas untuk inovasi, teknologi dan keusahawanan.
“Pendedahan seperti ini penting untuk membina generasi pelapis yang mampu membawa idea baharu dan mencipta nilai dalam sektor agromakanan pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan. – KOSMO! ONLINE
The post Agrobank perkasa bakat TVET melalui projek tanaman sekoi appeared first on Kosmo Online.

![]()
PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan supaya sekolah di kawasan-kawasan yang terjejas akibat jerebu ditutup bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid terjamin.
Keprihatinan itu susulan tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang secara berpanjangan mencatatkan bacaan di antara 150-180 sejak beberapa hari lalu.
Selain itu, Sultan Ibrahim juga prihatin terhadap isu keselamatan dan kesihatan murid serta pelajar sekolah dan baginda menitahkan supaya kedua-dua aspek itu diberi keutamaan.
Baginda juga bertitah kepada Kementerian Pendidikan (KPM) supaya memberi perhatian serius terhadap perkara tersebut.
“Langkah sewajarnya perlu diambil oleh kementerian dan agensi yang berkenaan bagi melindungi murid dan pelajar, termasuk warga emas serta pesakit respiratori.
“Sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi menjaga kesihatan serta mengamalkan pemakaian pelitup muka dan mengurangkan sebarang aktiviti luar susulan keadaan jerebu,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office (RPO).
Kelmarin, Johor mengumumkan penutupan sekolah selama dua hari di atas titah Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor susulan keadaan jerebu serta kemerosotan kualiti udara di seluruh negeri berkenaan.
Setakat pukul 6 petang semalam, 38 kawasan di seluruh negara terjejas akibat jerebu apabila mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat yang berpunca daripada kebakaran hutan tidak terkawal di Indonesia.
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto bersetuju untuk mengambil langkah sepatutnya bagi mengatasi masalah jerebu yang mengakibatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Malaysia semakin membimbangkan.
Anwar memaklum persetujuan itu diberikan Probowo selepas beliau menghubungi Presiden Indonesia itu bagi membincangkan masalah jerebu baru-baru ini.
Beliau berkata, langkah itu perlu dilakukan memandangkan keadaan jerebu di negara ini berada pada tahap membimbangkan sejak kebelakangan ini.
“Berkaitan jerebu, ia memang berada pada tahap membimbangkan. Saya sudah menghubungi Presiden Indonesia, Prabowo dan beliau juga bersetuju untuk mengambil langkah-langkah yang perlu.
“Pada masa sama, Menteri Luar (Datuk Seri Mohamad Hasan) dan Menteri (Sumber Asli dan Kelestarian Alam) Alam Sekitar (Datuk Seri Arthur Joseph Kurup) juga menghubungi rakan sejawat mereka,” katanya ditemui pada Hari Tinjauan Belanjawan 2027 di Kementerian Kewangan, Putrajaya, semalam. – UTUSAN
The post Agong titah tutup sekolah di kawasan terjejas jerebu appeared first on Utusan Malaysia.

![]()
KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) sedang meneliti keberkesanan serta kesediaan pelaksanaan elemen Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam Kurikulum Persekolahan 2027 (KP2027) di sekolah rendah.
Menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, KPM memaklumkan kandungan kurikulum yang dirangka adalah mengikut tahap perkembangan murid dan bukan bertujuan melatih murid untuk pekerjaan terlalu awal.
“Sebaliknya, kandungan tersebut membina asas pengetahuan, kemahiran dan nilai melalui aktiviti teknologi, reka bentuk, penghasilan produk, penyelesaian masalah, kreativiti, pemikiran komputasional serta amalan kerja yang selamat,” menurutnya.
KPM menjawab pertanyaan Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) mengenai sama ada kajian keberkesanan dan kesediaan telah dilaksanakan berhubung pelaksanaan TVET di sekolah rendah mulai sesi persekolahan 2027, termasuk kandungan kurikulum, kompetensi guru, kemudahan serta impak terhadap perkembangan murid.
Menurut kementerian itu, pendekatan pembelajaran berasaskan projek dan pengalaman sebenar membolehkan murid meneroka masalah mudah, menjana idea, mereka bentuk, menghasilkan, menguji dan menambah baik hasil kerja.
“Pendekatan ini juga menyokong pembentukan kompetensi murid yang dihasratkan dalam KP2027, iaitu perkembangan diri, komunikasi, tanggungjawab, fasih digital, literasi pelbagai, kemahiran berfikir dan pembelajaran sepanjang hayat,” menurutnya.
Bagi memastikan kesiapsiagaan guru, KPM menyediakan dokumen kurikulum yang jelas, bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran (PdP), modul bimbingan guru serta program penataran terancang secara bersemuka dan e-pembelajaran. – Bernama
The post Teliti keberkesanan TVET dalam kurikulum sekolah rendah appeared first on Kosmo Online.

![]()
PUTRAJAYA: Semua 12,056 sekolah Kementerian Pendidikan (KPM) wajib memastikan pengurusan keselamatan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan Garis Panduan Pengurusan Sekolah Selamat yang telah dikuatkuasakan.
Mulai 1 Julai lalu, garis panduan itu turut memperincikan tindakan disiplin yang boleh dikenakan terhadap murid yang melakukan salah laku, termasuk kes buli, dengan hukuman sehingga gantung atau buang sekolah.
Penambahbaikan itu merupakan peluasan daripada Pelaksanaan Program Sekolah Selamat 2002, dengan skop pengurusan keselamatan kini merangkumi aspek fizikal, persekitaran, psikososial, kesiapsiagaan kecemasan, pengurusan insiden serta keselamatan siber dan digital.
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan, Mohd. Hanafi Samad berkata, garis panduan setebal 386 muka surat memberi penekanan kepada pendekatan menyeluruh yang menekankan aspek keselamatan fizikal, keselamatan persekitaran, keselamatan psikososial, kesiapsiagaan menghadapi kecemasan, pengurusan insiden dan kolaborasi antara sekolah, ibu bapa dan komuniti.
Katanya, pendekatan ini berpaksikan kepada prinsip pencegahan, kesiapsiagaan, tindak balas dan pemulihan bagi menangani sebarang risiko atau ancaman keselamatan.
Beliau menegaskan, pengurusan keselamatan merupakan tanggungjawab bersama seluruh warga sekolah dan juga komuniti yang memerlukan kepimpinan proaktif, kerjasama bersepadu dan budaya cakna keselamatan.
“Dengan adanya panduan ini, setiap sekolah diharap dapat mengurus keselamatan secara sistematik dan selaras dengan dasar serta arahan KPM, termasuklah pematuhan kepada SOP, garis panduan serta amalan terbaik semasa,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Garis Panduan Pengurusan Sekolah Selamat mengandungi tujuh fokus iaitu Fokus Pengurusan Keselamatan Aktiviti Murid; Keselamatan Fizikal, Prasarana dan Bilik-Bilik Khas; Pengurusan Keselamatan Di Asrama; Pengurusan Salah Laku Disiplin; Kesejahteraan Psikososial; Keselamatan Siber Dan Digital; dan Pelan Tindak Balas Kecemasan.
Secara khusus, garis panduan itu menyediakan panduan praktikal kepada pentadbir sekolah, guru, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), murid, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta komuniti dalam membina mekanisme pengurusan keselamatan yang sistematik.
Usaha itu memerlukan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan termasuk agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan (PBT), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti sekitar dalam memastikan sekolah sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi.
Menurut Mohd. Hanafi, pengurusan sekolah selamat hendaklah diselaraskan sepenuhnya melalui struktur Jawatankuasa Pengurusan 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) terdiri daripada pentadbir sekolah dengan memberi penekanan utama kepada aspek keselamatan.
Katanya, penilaian risiko hendaklah dikaji semula sekurang-kurangnya setahun sekali atau apabila berlaku perubahan pada aktiviti, peralatan atau persekitaran sekolah.
Semakan juga perlu dilakukan selepas berlakunya kejadian kecemasan, kemalangan, isu kesihatan atau aduan keselamatan.
Pada masa sama, katanya, keperluan asas keselamatan di sekolah perlu diselenggara secara berkala dan mematuhi mematuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan oleh KPM, JBPM serta PBT.
Jelasnya, keperluan asas keselamatan itu merangkumi kemudahan, peralatan dan sistem sokongan yang disediakan bagi menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kesiapsiagaan warga sekolah dalam menghadapi sebarang kecemasan.
“Garis Panduan Pengurusan Sekolah Selamat KPM ini diterbitkan sebagai rujukan utama kepada semua pemimpin sekolah, warga pendidik, komuniti setempat serta agensi yang berkaitan,” katanya. – UTUSAN
The post Sekolah wajib patuh SOP keselamatan appeared first on Utusan Malaysia.

![]()
PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menempatkan 16,157 Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di 10,259 sekolah di seluruh negara bagi mengesan tanda awal buli dan ancaman keselamatan sebelum masalah itu berkembang menjadi kes jenayah.
Pegawai Perhubungan Sekolah dalam kalangan pegawai dan anggota polis berperanan membuat rondaan secara berkala untuk meneliti perkembangan disiplin serta mengenal pasti bentuk bantuan yang diperlukan khususnya sekolah berisiko dan mempunyai rekod disiplin.
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Seri Noor Hisam Nordin berkata, beberapa kejadian sebelum ini menjadi peringatan supaya tanda awal buli dan ancaman keselamatan di sekolah perlu dikesan lebih awal sebelum berkembang menjadi kes jenayah.
Justeru itu katanya, polis kini memberi tumpuan mengesan tanda awal buli dan ancaman keselamatan di sekolah sebelum masalah itu berkembang menjadi kes jenayah menerusi penempatan Pegawai Perhubungan Sekolah dalam kalangan warga PDRM.
Noor Hisam menjelaskan, pegawai atau anggota polis terlibat perlu membuat lawatan atau rondaan ke secara berkala untuk meneliti perkembangan disiplin serta mengenal pasti bentuk bantuan yang diperlukan khususnya sekolah berisiko dan mempunyai rekod jenayah.
“Pengenalpastian sekolah berisiko dilaksanakan menerusi pendekatan kepolisan berasaskan risiko dengan mengambil kira beberapa indikator. Antaranya termasuk rekod jenayah dan kes disiplin, kes buli dan pergaduhan, ancaman atau ugutan terhadap pelajar, gangguan seksual, penyalahgunaan dadah serta konflik antara pelajar atau kumpulan.
“Laporan guru, kaunselor dan ibu bapa, maklumat risikan polis, keadaan persekitaran fizikal sekolah serta trend kes yang berlaku dari semasa ke semasa juga boleh dijadikan indikator.
“Sekolah yang mempunyai kombinasi beberapa faktor risiko perlu diberikan tahap pemantauan lebih tinggi dan kita tidak seharusnya menunggu sehingga berlaku kejadian serius,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Mengulas lanjut, Noor Hisam berkata, Pegawai Perhubungan Sekolah bukan sekadar menjadi penghubung antara polis dengan pihak sekolah, sebaliknya perlu bergerak secara lebih proaktif dalam mengesan tanda awal konflik, buli, ancaman keselamatan dan masalah disiplin.
Beliau berkata, pendekatan itu membolehkan polis mengenal pasti sekolah yang memerlukan intervensi lebih awal dan seterusnya menentukan tahap kehadiran Pegawai Perhubungan Sekolah berdasarkan keperluan sebenar.
“Sekolah yang mempunyai sejarah kes buli, pergaduhan, ancaman keselamatan, penyalahgunaan dadah, gangguan seksual atau isu disiplin yang serius perlu diberikan pemantauan yang lebih kerap.
“Pada masa sama, Pegawai Perhubungan Sekolah perlu bergerak daripada pendekatan reactive kepada proactive policing iaitu mengenal pasti tanda-tanda awal sesuatu konflik sebelum ia berkembang menjadi kes jenayah,” katanya
Dalam pada itu, Noor Hisam berkata, keberkesanan Pegawai Perhubungan Sekolah perlu dinilai secara berkala dan tidak wajar hanya berdasarkan jumlah kehadiran atau lawatan ke sekolah.
Katanya, penilaian perlu melihat kepada hasil yang dicapai melalui peranan PPS.
“Antaranya berapa banyak sesi engagement dilaksanakan, berapa isu keselamatan dikenal pasti lebih awal, berapa laporan atau maklumat disalurkan kepada polis dan tempoh tindakan selepas sesuatu maklumat diterima.
“Kita juga perlu melihat kes berulang di sekolah berkenaan serta tahap kerjasama PPS dengan pihak sekolah,” ujarnya.
Menurut beliau, guru turut mempunyai peranan dalam menilai keberkesanan usaha itu dan sebarang ketidakpatuhan dari segi kehadiran boleh dimaklumkan kepada Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti PDRM.
Katanya, laporan berkaitan Pegawai Perhubungan Sekolah turut dihantar setiap bulan kepada pihaknya bagi membolehkan prestasi serta keperluan intervensi tambahan dikenal pasti.
“Dengan pendekatan ini, kita boleh mengenal pasti PPS atau sekolah yang memerlukan intervensi tambahan, bukannya sekadar memenuhi KPI kehadiran,” katanya. – UTUSAN
The post 16,157 PPS ditempatkan di 10,259 sekolah seluruh negara appeared first on Utusan Malaysia.

![]()
PETALING JAYA – Sebahagian guru dan ibu bapa ‘menangis’ apabila mendapati format ujian sebenar matriks 4 bagi kertas bahasa Inggeris hari ini berbeza dengan latihan dan latih tubi sekali gus bimbang akan menjejaskan keputusan murid serta anak mereka.
Difahamkan, format matriks 4 yang sebelum ini dikatakan berbeza daripada format Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) ternyata sama apabila soalan yang diberikan didapati mengikut format serupa.
Ia sekali gus mengundang kekecewaan apabila guru dan murid dikatakan sudah membuat persediaan berdasarkan format dan garis panduan yang diberikan sebelum ujian.
Luahan seorang guru di media sosial dia kecewa kerana murid sudah bersungguh-sungguh membuat latihan mengikut format yang dimaklumkan.
“Kenapa, lain sungguh dari penataran, awal-awal kata format lain, sekarang bila tengok soalan, sangat lain,” katanya.
Seorang lagi guru turut berkongsi rasa kecewa apabila sebelum ini sudah melatih murid berdasarkan format UASA dan garis panduan yang diberikan.
“Betul. Sebelum ini sudah latih ikut format UASA. Ikut guideline. Eh, balik pula macam UASA,” katanya.
Reaksi berkenaan turut mencetuskan persoalan dalam kalangan pendidik mengenai keselarasan garis panduan dengan bentuk soalan dalam kertas peperiksaan yang sebenar. – KOSMO! ONLINE
The post Ramai ‘menangis’ lihat kertas bahasa Inggeris matriks 4 appeared first on Kosmo Online.

![]()
KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan pelajar Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, yang ditemukan maut selepas disyaki dibunuh di dewan sekolah di Yong Peng, kelmarin, diheret dari surau ke tempat kejadian, seperti yang tular di media sosial.
Menteri, Datuk Seri Fadhlina Sidek, turut menafikan dakwaan terdapat cermin yang pecah di surau, yang dikaitkan dengan kejadian itu.
“Jadi, ini semua tidak benar. Saya minta semua pihak berhati-hati sebelum berkongsi sesuatu.
“Kita sedang bercakap mengenai seorang anak yang sudah meninggal dunia, sebuah keluarga yang sedang berduka dan beberapa orang murid bawah umur yang sedang melalui proses siasatan.
“Jadi jangan kita menambah luka dengan spekulasi,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.
The post KPM nafi Irene Sofiya diseret appeared first on Kosmo Online.