Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – “Rasa demotivated (hilang motivasi) dan kecewa dalam mencari kerja. Dalam industri dan dunia akademik, memang aku langsung tak laku ke?”
Itu luahan seorang graduan Ijazah Doktor Falsafah yang meluahkan semakin hilang motivasi selepas beratus-ratus permohonan kerja yang dihantar masih belum membuahkan hasil.
Menerusi hantaran di media sosial dengan profil @Nfatinia, wanita berkenaan turut meminta orang ramai memberikan pandangan terhadap resume miliknya bagi mengenal pasti perkara yang boleh diperbaiki.
“Beratus job applications (permohonan pekerjaan). Boleh sesiapa komen resume saya? Mungkin tak cukup terbaik, boleh saya tambah baik lagi,” ujarnya dengan nama sebenar Dr. Nur Fatini Azmy pada resume dikongsikan.
Hantaran berkenaan mendapat perhatian orang ramai yang turut berkongsi pandangan serta cadangan bagi membantu wanita berkenaan memperbaiki resume dan strategi ketika memohon pekerjaan.
“Sepatutnya dah dapat kerja untuk vitae kurikulum (CV) gini. Saya pernah tengok CV yang berkategori biasa dan lemah. Mungkin jaringan tiada atau lemah,” ujar @Drfaridsharif.
“Awak hebat sebenarnya. Tak ramai yang ada PhD apa lagi dalam Fizik, lagi-lagi perempuan. Yakin diri,” @puji @Alfisty155.
“Cuba mula mengajar sambilan dulu. Kadang-kadang universiti nak orang yang biasa dengan bidang pendidikan. Takut terkejut bila terus buat sepenuh masa,” cadang @Ryuutorms. – KOSMO! ONLINE
The post Mohon beratus kerja tapi gagal, Dr. Nur Fatini minta netizen bantu appeared first on Kosmo Online.
