Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki warga asing selepas disyaki terlibat dalam kes mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah terhadap seorang penuntut tempatan di sebuah kawasan kediaman di Sungai Besi, di sini bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, kejadian pada 11 Julai lalu itu membabitkan suspek berusia 39 tahun yang bekerja sebagai komposer, manakala mangsa merupakan pelajar di sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) berusia 30-an.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah (D7) IPD Cheras telah melakukan serbuan di sebuah unit kediaman di Razak City Residences sekitar pukul 1.51 pagi pada 26 Julai lalu.
“Dalam serbuan tersebut, pihak polis berjaya menahan suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan (sengaja mendatangkan kecederaan) dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan (menakutkan secara jenayah).
Katanya, suspek ditahan reman sehingga 10 Ogos ini dan kertas siasatan kini sedang dilengkapkan untuk dirujuk kepada timbalan pendakwa raya. – KOSMO! ONLINE
The post Komposer direman, serang dan ugut pelajar IPTS appeared first on Kosmo Digital.

