Auto Added by WPeMatico

![]()
KOTA BHARU – Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan merogol cucunya yang berusia 13 tahun termasuk satu tuduhan memasukkan objek ke rongga badan remaja itu di dalam bilik tidur sebuah rumah di Bachok dekat sini.
Tertuduh yang berusia 79 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.
Mengikut empat pertuduhan, warga emas itu didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun lapan bulan hingga 13 tahun sebulan ketika kejadian tanpa kerelaannya di dalam bilik tidur sebuah rumah di Bachok dekat sini pada 11 Januari, 24 Mac, 9 Mei dan 4 Jun 2026.
Keempat-empat pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376(2) akta sama.
Tertuduh turut didakwa atas pertuduhan memasukkan objek ke dalam rongga badan mangsa sama yang ketika itu berusia 12 tahun lapan bulan tanpa kerelaannya di lokasi sama kira-kira pukul 1.30 tengah hari pada 11 Januari 2026 mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syafiqah Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam..
Mahkamah kemudian tidak membenarkan warga emas itu diikat jamin selepas mengambil kira faktor keselamatan mangsa yang merupakan kanak-kanak bawah umur, manakala 19 Julai depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE
The post Warga emas didakwa ‘noda’ cucu dalam bilik tidur appeared first on Kosmo Digital.
