Auto Added by WPeMatico

![]()
PORT DICKSON – Sebanyak 388 kes gangguan seksual direkodkan di seluruh negara dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Lim Hui Ying berkata, peningkatan berkenaan bukan sahaja mencerminkan kadar kes, tetapi juga menunjukkan keberanian masyarakat untuk tampil membuat laporan dan menolak budaya berdiam diri.
Bagaimanapun katanya, kerajaan telah mengambil langkah tegas dalam menangani isu gangguan seksual melalui penggubalan Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840].
“Akta ini memperkukuh usaha pencegahan, pengendalian aduan dan perlindungan mangsa secara lebih menyeluruh dan sistematik. Dalam masa yang sama, Tribunal bagi Antigangguan Seksual (TAGS) diwujudkan sebagai mekanisme alternatif yang lebih cepat, mudah dan berpatutan untuk mangsa mendapatkan keadilan.
“Sehingga 15 Jun lalu, sebanyak 100 aduan telah difailkan, dengan 82 kes berjaya diselesaikan dalam tempoh 60 hari selepas pendengaran pertama. Ini membuktikan keberkesanan sistem tribunal dalam mempercepat akses kepada keadilan,” katanya ketika berucap sempena Program Toleransi Sifar Keganasan: Say No To Sexual Harassment di sebuah hotel, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Hui Ying berkata, kes gangguan seksual yang direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan peningkatan dalam tempoh tiga tahun apabila melonjak daripada 477 kes pada tahun 2022 kepada 1,038 kes pada tahun lalu. – KOSMO! ONLINE
The post 388 kes gangguan seksual dalam tempoh lima bulan appeared first on Kosmo Digital.
