Auto Added by WPeMatico

![]()
KOTA TINGGI – Seorang warga emas dan suri rumah masing-masing didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Pengerang di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menolong mengalihkan harta milik orang lain ke dalam akaun mereka tahun lalu.
Hakim Hidayatul Syuhada Shamsudin menjatuhkan hukuman itu kepada Zainudin Md Zin, 61, dan Norlaili Ismail, 55, selepas pertuduhan pilihan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, Zainudin didapati secara tidak jujur menolong mengalihkan harta milik Muslim Usol berjumlah RM2,977 ke dalam akaun CIMB Bank miliknya pada 17 Februari 2025 pukul 11.15 malam di Felda Nitar 2, Mersing.
Sementara Norlaili pula dituduh secara tidak jujur menolong mengalihkan harta milik Nur Ibratul Humairah Salleh berjumlah RM2,300 ke dalam akaun miliknya pada 21 Ogos 2025 pukul 5.55 petang di Felda Tenggaroh 1, Mersing.
Oleh yang demikian mereka telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dibawah Seksyen yang sama.-KOSMO! ONLINE
The post Warga emas, suri rumah didenda RM1,500 jadi keldai akaun appeared first on Kosmo Digital.
