PETALING JAYA – Diva ternama Indonesia Agnez Mo menafikan dakwaan sebilangan peminat yang menyangka dirinya sudah memeluk agama Islam selepas berkongsi untaian foto berabaya dan menutup aurat sepenuhnya.
Foto yang dirakam di sebuah kawasan padang pasir di Dubai itu dimuat naik pelantun lagu Matahariku di Instagram (IG) sekali gus menimbulkan perdebatan ramai.
Seorang pengguna Instagram bertanya: “Adakah Agnez sudah (bergelar) mualaf kerana mahu bernikah dengan seorang Adam (lelaki) beragama Islam?”
Agnez kemudian menjawab menerusi ruangan komen: “Lol (ketawa) saya akan selamanya menganut agama Kristian.”
Tangkap layar interaksi antara Agnez Mo dan peminat menjelaskan status agamanya di IG.
Dalam beberapa hantaran dalam IG, Angez atau nama sebenarnya Agnes Monica Muljoto, 40, dilihat menggayakan pakaian abaya berona merah gelap dengan kufiya yang merupakan penutup kepala tradisional berbentuk per segi umum dipakai di Timur Tengah.
Meninjau ruangan komen, ramai peminat yang menitipkan doa yang baik-baik buatnya dan tidak kurang, ada yang menyakatnya dengan nama-nama islamik.
“Siti Agnez Modijah. Queen Mo, cantik banget masya-Allah,” demikian antara komen ditinggalkan peminat. – KOSMO! ONLINE
BAND fenomena Insomniacks kini tampil dengan naskhah lebih berani dan agresif menerusi single terbaharu berjudul Bersuara.
Menariknya, karya kali ini menyaksikan kolaborasi sulung mereka bersama penyanyi, Yonnyboii yang membawa mesej penting mengenai keberanian mempertahankan harga diri dan menentang gejala buli.
Menurut Insomniacks, Bersuara bukan sekadar lagu, sebaliknya sebuah luahan daripada pengalaman peribadi tentang rasa tidak didengari dan tekanan emosi yang sering dipendam.
Lagu ini tentang berdiri untuk diri sendiri, terutama apabila berdepan dengan penindasan atau buli.
“Ini tentang tahu nilai diri dan berani bersuara,” katanya dalam satu kenyataan.
Berbeza dengan identiti balada yang sinonim dengan mereka sebelum ini, Bersuara menampilkan sisi muzik yang lebih ‘heavy’ dan gritty, sekali gus menandakan fasa baharu dalam evolusi muzik mereka.
Sementara itu, Yonnyboii yang sering dikaitkan dengan genre rap, kini tampil mempertaruhkan vokal berteraskan rock dan alternatif dalam kolaborasi ini.
“Saya sebenarnya lebih lama menjiwai muzik alternatif berbanding rap. Jadi masuk ke genre rock, saya rasa lebih selesa.
“Ini merupakan fresh start (permulaan baharu) untuk saya kongsi sisi lain dengan pendengar. Lagu ini terhasil apabila saya rasa suara tidak didengari oleh sekelompok orang.
Ini tentang meluahkan apa yang dipendam kerana jika disimpan, sakitnya lebih mendalam,” katanya.
Menerusi naskhah ini, kedua-dua artis berharap dapat menjadi platform buat pendengar untuk lebih berani mengekspresikan perasaan dan melepaskan tekanan emosi.
Bersuara boleh didengari di semua platform penstriman digital bermula hari ini. – HIBGLAM
KUALA LUMPUR: Jenama fesyen tempatan, Amber, melancarkan kempen Raya terbaharu bertemakan AMBER EID’S: TIME FOR LOVE bersempena Aidilfitri 2026, sekali gus memperkenalkan koleksi eksklusif sulung Amber LUXE. Pelancaran ini meneruskan kesinambungan perjalanan kreatif Amber selepas kejayaan koleksi Raya Romantics tahun lalu yang menampilkan gabungan keanggunan klasik dan sentuhan moden dalam busana Aidilfitri. Koleksi Raya Amber … Read more
TERBUKA berkongsi kemesraan dalam media sosial, pelakon Anna Jobling mengakui percintaannya dengan aktor Indonesia, Karel Susanteo bukan lagi rahsia.
Anna atau nama lengkapnya Anna Ellisa Gustin Jobling binti Abdul Rahman Jobling, 26, bahkan turut mengakui bercuti bersama jejaka itu di Amerika Syarikat bulan lalu.
“Kami bercuti di Amerika Syarikat tetapi bukan berdua. Bersama dengan teman-teman dan keluarga. Bila sudah penat bekerja sepanjang tahun ‘back to back’ jadi saya ambil masa untuk bercuti.
Saya terbuka berkongsi momen bersama. Ia bukan lagi rahsia. Tetapi saya juga punya kehidupan privasi. Apa yang saya rasa saya nak kongsi saya akan kongsi. Tiada apa yang perlu saya malukan.
“Apa yang boleh saya katakan doakan yang terbaik untuk saya. Saya juga berhak untuk bahagia begitu juga dengan yang lain,” katanya ketika ditemui di sidang media pelancaran koleksi terbaru Tomei, hari ini.
Ditanya tentang respons peminat yang merestui dan gembira melihat dia diulit bahagia bersama jejaka terbabit, kata Anna dia hanya mampu mengucapkan rasa syukur.
Alhamdulillah. Apa yang kami mahukan adalah doa yang baik-baik daripada semua. Saya baca komen-komen peminat ada yang sangat ‘sweet’ tetapi ada juga yang tak setuju. Tetapi saya ‘ignore’ sahaja,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Anna Jobling sekali lagi dipilih sebagai duta jenama barang kemas Tomei. Tahun ini merupakan tahun ketiga aktres jelita itu menjadi wajah untuk kempen raya jenama itu.
“Alhamdulillah saya masih lagi kekal sebagai duta. Tahun ini kita ada banyak koleksi dan rekaan yang cantik khusus untuk hari raya Aidilftiri.
“Sebagai seorang yang sukakan barang kemas, sudah tentu saya teruja untuk beraya bersama rangkaian koleksi Tomei,” katanya. – HIBGLAM
KUALA LUMPUR – Usahawan jelita Natasha Ozeir tampil menjelaskan perkara sebenar yang sering disalah tafsir sebilangan pihak apabila ramai beranggapan dirinya datang daripada keluarga golongan kerabat diraja.
Natasha atau nama lengkapnya, Natasha Mohammad Ozeir, 40, berkata, dia bagaimanapun mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Keluarga Diraja Pahang disebabkan beberapa faktor.
Menurut pengasas jenama minuman Richman Coffee itu, dia merupakan anak jati Sabah. Ibu kandungnya berasal dari Negeri di Bawah Bayu itu dan berkahwin dengan Allahyarham bapanya yang berketurunan Lubnan.
“Ramai orang terkeliru. Mak saya ialah orang Sabah, arwah ayah pula dari Lubnan. Arwah ayah saya berkahwin dengan kakak Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang merupakan ibu tiri saya.
“Secara peribadi, saya sangat rapat dengan keluarga kerabat Pahang. Hubungan dengan keluarga tiri saya pun sangat baik.
“Saya faham bila ramai orang salah sangka tapi, dekat profil saya selalu nyatakan yang ‘I’m a proud Sabahan’ tapi pada masa saya, saya sangat bersyukur dengan keluarga tiri. Mereka sangat-sangat baik dan suportif,” katanya kepada Kosmo! Online pada temu bual khas bersama media sempena memperkenalkan audio siar kendaliannya, Habis Cerita Podcast hari ini.
Podcast tersebut turut dikemudikan bersama dengan dua rakan artis, Datuk Seri Rossa dan Nora Danish.
Natasha (kanan sekali) bersama Rossa dan Nora yang akan mengendalikan podcast Habis Cerita yang bakal debut di laman sosial tidak lama lagi.
Jelas Natasha lagi, dia tidak meletakkan kesalahan kepada masyarakat yang masih keliru tentang statusnya lantas membuatkan mereka berasa takut untuk mendekatinya.
“Kerabat diraja Pahang sangat-sangat baik. Macam tempoh hari bila saya sakit di Singapura, semua orang datang melawat.
“Saya dikelilingi dengan orang yang baik-baik. Orang selalu salah sangka saya golongan kerabat apa semua, tapi saya tak salahkan mereka.
“Sejujurnya, keluarga saya ada di mana-mana—keluarga saya secara peribadi (dari Sabah), sepupu saya tinggal di Stanford, California, ada yang di New York, di Los Angeles dan ada juga yang menetap di Switzerland. Mereka ada di mana-mana.
“Jadi di Kuala Lumpur, saya selalu ada dengan keluarga Pahang. Mungkin saya selalu di Semenanjung, ramai yang fikir saya kerabat dan sebagainya tapi sebenarnya tidak,” katanya.
Habis Cerita
Bercerita tentang Habis Cerita, Natasha memaklumkan, podcast terbabit akan menjemput ramai tetamu khas daripada pelbagai latar belakang dan membincangkan tentang topik-topik istimewa.
“Tak tahu kalau kalian tahu, sebelum ini saya ada buat podcast dengan Neelofa dan Nora.
“Kita cuma nak sambung buat podcast dengan Rossa sertai juga. Kebetulan idea tercetus masa kami di Bali, Indonesia menyambut persahabatan kami bertiga.
“Saya berharap podcast ini akan memberi manfaat kepada semua orang—supaya orang boleh belajar sesuatu daripada apa yang kami bincangkan,” katanya.
Menurut Natasha lagi, para tetamu jemputan adalah terdiri daripada ahli politik, golongan kenamaan, sosialit, selebriti dan bahkan—mereka yang berkerja sebagai pelayan restoran.
“Saya juga nak tahu cerita tentang pengawal keselamatan dari Nepal. Mesti ada kisah yang ingin dikongsikan. Insya-Allah kita juga boleh belajar sesuatu daripada semua ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
KUALA LUMPUR: Aktres popular, Anna Jobling, menafikan dakwaan kononnya dia bercuti berdua bersama kekasih hati yang juga selebriti Indonesia di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini. Anna berkata, percutiannya ke kota metropolitan itu adalah bersama beberapa individu termasuk ahli keluarga dan kenalan terdekat. “Saya bercuti dengan ramai orang dan pada masa sama ada … Read more
KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Nora Danish, meluahkan hasrat untuk mengundurkan diri daripada bidang seni lakon selepas sekian lama bergelar anak seni, dengan faktor usia dan keletihan menjadi antara pertimbangan utama. Menurut Nora atau nama penuhnya Nora Mohd. Danish Hanif, 43, perancangan itu bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya akan dipertimbangkan selepas beliau membina keluarga baharu kelak. … Read more
BERITA gembira buat peminat K-pop, penyanyi CHEN bakal singgah ke ibu kota bagi menjayakan siri jelajah solonya, Arcadia pada 29 Mac kelak.
Istimewanya, Kuala Lumpur dipilih sebagai lokasi persinggahan terakhir bagi siri jelajah global selepas pemilik nama sebenar Kim Jong-dae, 34, menggegarkan pentas di Taipei, Yokohama, Jakarta, Manila dan Macau.
Bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, konsert satu malam tersebut direka khas untuk memberikan pengalaman langsung yang sarat dengan emosi serta visual sinematik yang memukau buat para peminat.
Peminat boleh menjangkakan gabungan balada ikonik CHEN, barisan lagu popular, serta lagu-lagu OST (runut bunyi) K-Drama yang menjadi siulan ramai seperti Beautiful Goodbye dan Best Luck.
Ketua Pegawai Operasi pasukan penganjur, Hans Kim menyifatkan kehadiran CHEN sebagai satu perjalanan emosi yang sangat jarang dapat dirasai dari jarak dekat.
Kami amat teruja untuk membawa jelajah Arcadia CHEN ke Kuala Lumpur. Ini sebuah konsert yang benar-benar menggabungkan seni, emosi dan produksi bertaraf dunia.
“Suara dan kehadiran pentas CHEN mengusik jutaan peminat di seluruh dunia dan persembahan ini adalah peluang untuk merasai hubungan itu secara langsung,” katanya dalam sebuah kenyataan.
Selain persembahan vokal bertaraf dunia, konsert ini turut menawarkan pengalaman yang sangat intim memandangkan kapasiti tempat duduk adalah terhad kepada 2,000 orang sahaja.
Lebih menarik, penganjur menawarkan manfaat Miracle Fan yang cukup eksklusif di mana semua peminat berpeluang melakukan sesi swafoto bersama ahli kumpulan EXO itu serta menerima kad foto khas.
Tiket konsert sudah pun mula dijual sejak 23 Disember lalu dan sehingga kini, sebanyak 50 peratus tiket dilaporkan habis terjual.
Peminat boleh melayari laman sesawang Ticket2U untuk membeli tiket dengan harga bermula Rm398 sehingga RM798. – HIBGLAM
“SAYA dalam proses nak bersara sebab rasa dah berusia.”
Demikian perkongsian pelakon Nora Danish yang berhasrat untuk bersara daripada dunia hiburan apabila tiba masanya kelak.
Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd. Danish Hanif, 43, bagaimanapun memaklumkan hasrat tersebut bukanlah bersifat drastik sebaliknya merancang hala tuju tersebut selepas membina keluarga baharu.
Tiba masa nak fokus kepada keluarga, sekarang tak boleh lagi, saya kena cari duit untuk sara anak-anak. Insya-Allah kalau saya dah berkeluarga nanti, barulah saya akan fikirkan mengenai perkara itu,” katanya.
Pelakon filem Polis Evo 3 itu turut menegaskan hasrat tersebut bukanlah didorong faktor perkahwinan semata-mata, sebaliknya lebih kepada rasa penat setelah sekian lama bergelar anak seni.
“Semua wanita ingin berkahwin dan memiliki rumah tangga lebih baik serta ada suami yang boleh menjaga kita, memang saya akui itu impian saya.
Tapi saya tidaklah tergesa-gesa nak ke arah itu. Saya letak sepenuh kepercayaan kepada Allah dan biar Dia aturkan semuanya, cepat atau lambat semua saya serah pada Allah.
“Tapi bukan sebab perkahwinan yang menyebabkan saya nak bersara, cuma saya rasa dah penat sebab lama sangat dalam industri,” katanya lagi.
Kembali kepada fitrah dan bertudung sejak lebih setahun lalu, Nora juga menjadikan bekas pengacara MeleTOP, Neelofa sebagai sumber inspirasinya dalam mencorakkan hala tuju hidup.
“Saya jadikan Neelofa sebagai inspirasi, walaupun dah bersara daripada bidang lakonan tapi dia aktif dalam media sosial menyampaikan dakwah.
Saya mahu jadi seperti dia, mungkin fokus saya pula dari sudut perniagaan tapi untuk berlakon saya rasa penatlah,” katanya kepada HibGlam ketika ditemui selepas pertunjukan fesyen jenama pakaian Amber Eid’S Times For Love.
Mengulas mengenai perancangan perkahwinan dengan duda anak tiga yang dikenali sebagai Mickey Ayo, Nora enggan terburu-buru memandangkan kedua-dua pihak mempunyai sejarah kegagalan dalam pernikahan terdahulu.
“Rasa macam terlalu cepat untuk kami berbincang untuk ke arah lebih serius (kahwin). Kami masih mengenal hati budi, masing-masing pun pernah gagal dua kali dalam perkahwinan.
“Jadi saya nak pastikan untuk kenal hati budi dan sebagainya dulu, tak ada fokus pada perkahwinan lagi.
Terlalu awal untuk saya cakap sebab kami baru saja kenal dan terlalu awal untuk saya menyatakan ya atau tidak. Masih dalam penilaian, insya-Allah,” jelasnya.
Sebelum ini, nama Nora kembali menjadi bualan hangat selepas memuat naik foto seorang lelaki berkopiah putih, sehingga mencetuskan teka-teki tentang status hatinya.
Turut tular sebuah kad jemputan dengan huruf M dan N serta tarikh 8 September 2025, sekali gus menguatkan spekulasi kononnya mereka bakal berkahwin.
Namun Nora menafikan khabar angin tersebut dan menegaskan tiada apa-apa perancangan seperti disangka ramai.
Untuk rekod, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif pernah mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 sebelum berpisah pada 19 Jun 2024.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamed Neqayl, 7.
Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 2006 dan bercerai dua tahun kemudian. Perkahwinan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal, 17. – HIBGLAM
PELAKON Sharifah Rose mengakui watak Anisah lakonannya dalam drama Doa Yang Terlindung adalah karakter paling berat pernah dilakukan selain mencabar kemampuannya sebagai anak seni.
Menurut Rose, 28, pada awalnya dia berasa gementar untuk menerima tawaran drama tersebut namun jalan cerita dan skrip yang bagus membuatkannya yakin untuk meneruskannya.
“Pertama kali saya dapat skrip, rasa gemuruh sebenarnya nak masuk set penggambaran sebab jalan ceritanya berat dari episod awal hingga akhir. Macam-macam episod hitam karakter Anisah perlu lalui.
“Selalunya saya bawa watak comel dan komedi tetapi kali ini memang berbeza.
“Daripada episod tiga hingga empat memang tidak berhenti babak menangis, sehingga ada satu hari saya balik rumah dan migrain sebab terlalu banyak babak begitu. Mental dan fizikal memang sangat penat,” katanya kepada HibGlam baru-baru ini.
Meski memegang watak berat, dia bagaimanapun bersyukur digandingkan dengan barisan pelakon hebat iaitu Fasha Sandha, Firdaus Karim dan Nafiz Muaz menerusi drama tersebut.
“Ini pertama kali saya bergandingan dengan mereka bertiga. Mereka sangat membantu saya yang masih baharu ini.
“Alhamdulillah masing-masing memberi energi yang sama dan proses penggambaran dipermudahkan.
“Semoga mesej yang hendak disampaikan dalam naskhah tersebut diterima baik penonton,” ujarnya.
Doa Yang Terlindung arahan Idora Abdul Rahman yang ditayangkan menerusi slot Akasia TV3 kini hangat menjadi bahan bualan ramai susulan mengangkat isu penunggang agama dalam kalangan masyarakat. – HIBGLAM