Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Menghitung hari disatukan, penyanyi Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dilihat semakin rancak membuat persiapan perkahwinan.
Dalam perkongsian terbaharu Instagram, Bella atau nama lengkapnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, memuat naik video mereka memperagakan busana tradisional Melayu berona putih.
Hantaran tersebut memperlihatkan mereka menjalani sesi fotografi.
“This is actually happening (Ini betul-betul sedang berlaku),” tulis Bella dalam Instagram.
Ramai yang teruja menantikan hari bahagia mereka selain memanjatkan doa agar majlis itu berjalan dengan lancar termasuk rakan selebriti.
“Bismillah, semoga ianya permulaan yang baik. Semoga Allah limpahi kebahagiaan buat Bella,” kata Linda Onn.
“Masya-Allah cantiknya ciptaan Allah yang satu cantik dan comel, yang satu lagi kacak serta manis. Semoga Allah mudahkan urusan Bella dan YB Syed Saddiq, amin,” ujar peminat.
“Berseri-seri bakal pengantin, bagai pinang di belah dua. Semoga Allah SWT merahmati pasangan ini bahagia sampai syurga,” luah pengikut.
Sebelum ini, Syed Saddiq dan Bella memilih untuk menghantar sendiri kad jemputan perkahwinan mereka kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah.
Kata Syed Saddiq, dua figura ternama itu merupakan antara tetamu paling penting yang perlu hadir pada hari bahagianya.
Sebelum ini, Saddiq dilihat serius memahami tanggungjawab sebagai suami apabila banyak mengemukakan persoalan mengenai nafkah ketika menghadiri kursus praperkahwinan bersama tunangnya.
Dia dan Bella juga berguru ilmu rumah tangga dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hampir dua jam dalam satu pertemuan.
Terdahulu, Syed Saddiq mengesahkan tarikh pernikahannya dengan Bella, 31, sudah dipersetujui kedua-dua keluarga namun mereka belum bersedia berkongsi perincian tersebut.
Pada 18 Ogos lalu pasangan itu mengumumkan majlis pernikahan mereka akan berlangsung pada 10 Oktober 2026 di aras 118, Menara Merdeka Maybank, Kuala Lumpur.
Syed Saddiq dan Bella, 32, dilaporkan mula berkenalan dengan lebih rapat pada tahun lalu sebelum mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Ini betul-betul sedang berlaku’ – Bella, Syed Saddiq hitung hari appeared first on Kosmo Online.
