Auto Added by WPeMatico

![]()
KAJANG – Seorang lelaki yang ditahan polis sebelum ini, selepas disyaki memukul bekas isterinya di kawasan parkir awam berhampiran Balai Polis Bandar Baru Bangi di sini, direman selama tiga hari.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, penahanan reman bermula hari ini itu adalah bagi membantu siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.
“Suspek direman selama tiga hari dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya ringkas hari ini.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai memukul bekas isterinya susulan video tular di media sosial.
Naazron dilaporkan berkata, hasil siasatan membawa kepada penahanan suspek berusia lingkungan 20-an yang bekerja sebagai pemandu e-hailing pada pukul 6.20 petang semalam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE
The post Lelaki pukul bekas isteri di Bangi direman 3 hari appeared first on Kosmo Digital.
