Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Pelakon Nadia Brian terkejut apabila timbul dakwaan dia ‘menanggung’ kekasihnya Nedim Nazri yang dituduh tidak lagi mempunyai status kewangan kukuh.
Menurut Nadia, 35, perkara tersebut tidak berlaku sekali gus menganggap tohmahan itu hanyalah fitnah semata-mata.
“Ini adalah fitnah dan tidak benar tetapi kelakarlah sebenarnya. Sebab macam manalah orang boleh buat fitnah sebegitu dengan niat nak menjatuhkan orang.
“Saya tidaklah sedih sebab sudah terbiasa dengan perkara sebegini sebagai anak seni. Benda yang kita tak buat tetapi orang cakap kita lakukan, ada saja tak kena.
“Cuma terkejut dan harap orang ramai dapat terus mendoakan kami berdua ke arah lebih baik dan bahagia, insya-Allah,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.
Dalam masa sama, dia juga sempat memberi pesanan kepada mana-mana individu yang membuat cerita tidak benar mengenai hubungannya dengan Nedim agar berhenti daripada terus melakukannya.
“Semua ini adalah benda-benda yang nak mengaibkan.
“Kepada sesiapa yang buat cerita, maaf sebab fitnah ini tak jalanlah.
“Lebih baik doakan yang baik-baik, kita semua akan bahagia, insya-Allah,” ujarnya.
Semalam, Kosmo! Online melaporkan Nedim terkedu apabila dituduh sebilangan netizen kononnya dia kini sudah tidak memiliki kewangan yang kukuh.
Lebih memeranjatkan, Nedim atau nama sebenarnya, Mohamed Nedim Mohamed Nazri tidak menyangka ada dalam kalangan mereka yang percaya dirinya tidak lagi ‘berduit’ sehingga terpaksa menumpang kemewahan kekasihnya itu.
Untuk rekod, Nadia pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Muizz Nasruddin pada 9 November 2019, namun, rumah tangga mereka hanya bertahan empat bulan dan bercerai pada April 2020.
Manakala Nedim pula berkahwin dengan Nora Danish pada 30 Mac 2017 dan bercerai secara baik sekitar hujung April tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka juga dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia tujuh tahun. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Fitnah dan tak benar’ – Nadia Brian nafi ‘tanggung’ Nedim Nazri appeared first on Kosmo Digital.