Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA TERENGGANU – Tiga daerah di Terengganu iaitu Kuala Terengganu, Kemaman dan Dungun mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat hari ini.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu, Hamzah Mohamad berkata, Kuala Terengganu merekodkan bacaan tertinggi iaitu 157.
“Ketiga-tiga daerah tersebut mula mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat sejak awal pagi tadi (semalam), dengan Kuala Terengganu merekodkan bacaan tertinggi setakat pukul 10 pagi.
“Selain Kuala Terengganu, Kemaman mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 156 manakala Dungun pula merekodkan bacaan 144,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Tinjauan Kosmo! di sekitar bandar raya ini dan Marang hari ini mendapati pemandangan di beberapa kawasan termasuk Pulau Kapas dan Seberang Marang agak terhad.
Hamzah berkata, bacaan IPU di Besut pula masih mencatatkan bacaan sederhana iaitu 77. – KOSMO! ONLINE
The post IPU tidak sihat di Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun appeared first on Kosmo Online.

