Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah mendeportasi dua penjenayah buruan warga India yang dipercayai terlibat dalam insiden letupan landasan kereta api di Patiala, Punjab pada 27 April lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, tindakan itu dilaksanakan hari ini susulan permohonan bantuan daripada pihak berkuasa India bagi mengesan dan menangkap kedua-dua suspek terbabit.
Menurut beliau, operasi berkenaan dikendalikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sebagai sebahagian daripada kerjasama erat antara agensi penguat kuasa kedua-dua negara dalam memerangi jenayah rentas sempadan.
“Kolaborasi ini mencerminkan komitmen berterusan PDRM dalam membanteras jenayah rentas sempadan di samping memperkukuh sinergi keselamatan di peringkat antarabangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya, tindakan ini juga membuktikan bahawa Malaysia tidak akan menjadi tempat perlindungan kepada mana-mana individu yang cuba melarikan diri daripada proses keadilan jenayah. – KOSMO! ONLINE
The post Malaysia deportasi 2 penjenayah buruan India appeared first on Kosmo Digital.
