Auto Added by WPeMatico

![]()
WASHINGTON: Komander tertinggi tentera Amerika Syarikat (AS) di Eropah memberi amaran kepada Jabatan Pertahanan AS atau lebih dikenali sebagai Pentagon bahawa pihaknya tidak mempunyai aset tentera laut yang mencukupi untuk terus mempertahankan Israel daripada serangan peluru berpandu balistik, menurut laporan The Washington Post pada Sabtu.
Ketua Pusat Pemerintah Amerika Syarikat di Eropah (EUCOM), Jeneral Alexus Grynkewich memberitahu pegawai kanan Pentagon bahawa tanpa penambahan sebuah lagi kapal pemusnah Tentera Laut AS, beliau terpaksa mengutamakan pertahanan tanah air AS berbanding Israel, menurut beberapa pegawai yang mengetahui perkara itu.
Seorang pegawai pertahanan AS berkata, amaran tersebut adalah selaras dengan amalan biasa, iaitu komander kanan memaklumkan Pentagon apabila kekurangan aset ketenteraan mewujudkan risiko terhadap operasi ketika mereka bersaing mendapatkan sumber dan persenjataan yang terhad.
Amaran itu dikeluarkan ketika konflik yang sudah berlarutan selama lima bulan semakin memuncak selepas rundingan damai antara Washington dan Teheran gagal mencapai persetujuan, manakala serangan berterusan dilaporkan semakin mengurangkan stok senjata pertahanan utama milik AS.
Tentera Laut AS berdepan tekanan yang semakin meningkat selepas pentadbiran Presiden Donald Trump mengarahkan sekatan ke atas pelabuhan-pelabuhan Iran susulan tindakan Teheran menutup Selat Hormuz, yang mengganggu penghantaran minyak dan perdagangan global.
Kapal-kapal pemusnah AS yang ditempatkan di timur Laut Mediterranean telah lama membantu mempertahankan Israel dengan menggunakan sistem radar dan peluru berpandu canggih untuk memintas peluru berpandu serta dron yang dilancarkan oleh Iran termasuk kumpulan Houthi di Yemen.
EUCOM menyelia operasi di Mediterranean itu, di samping mengekalkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi sebarang ancaman Russia terhadap wilayah anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). – AGENSI
The post AS tidak miliki kapal perang pertahan Israel dari serangan Iran appeared first on Utusan Malaysia.



