Auto Added by WPeMatico

![]()
PORT DICKSON – Jumlah sebenar pelarian yang berada di negara ini adalah lebih tinggi daripada angka lebih 200,000 individu yang direkodkan oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, justeru kerajaan kini sedang melaksanakan proses pendaftaran menyeluruh terhadap semua pelarian di Malaysia termasuk mereka yang tidak memiliki kad UNHCR.
Menurut beliau, pihak berkaitan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada data yang dibekalkan oleh UNHCR kerana dipercayai masih ramai pelarian yang belum berdaftar dengan badan antarabangsa tersebut.
“Kita sedang berusaha mendaftarkan semua pelarian yang berada dalam negara sama ada mereka mempunyai kad UNHCR atau tidak.
“Kita tidak lagi bergantung kepada data yang dibekalkan oleh UNHCR kerana kita percaya jumlah mereka lebih ramai daripada angka yang diberikan kepada kita,” katanya katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas dan Sijil Tinggi Keimigresenan Siri 1 Tahun 2026 di Akademi Imigresen Malaysia, di sini, hari ini. Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Dr Awang Alik Jeman.
Ujar Zakaria lagi, berdasarkan rekod UNHCR, terdapat lebih 200,000 pemegang kad pelarian yang berdaftar di Malaysia melibatkan individu dari lebih 140 negara.
Menurutnya, usaha pendaftaran pelarian yang diselaraskan oleh kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) kini telah memasuki fasa pertama dan akan diteruskan sehingga penghujung tahun ini. – KOSMO! ONLINE
The post Pelarian di Malaysia melebihi 200,000 orang, dari lebih 140 negara appeared first on Kosmo Digital.
