Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Tindakan seorang guru lelaki menyoal anak muridnya di pintu masuk sekolah bagi memastikan mereka menunaikan solat subuh meraih pujian pengguna media sosial.
Menerusi video yang dimuat naik Cikgu Mohd Haizul Arny di akaun TikToknya, lelaki itu dilihat menyambut mesra ketibaan murid-murid sambil bertanya sama ada mereka sudah menunaikan solat subuh atau belum sebelum hadir ke sekolah.
Bagi mereka yang belum menunaikan kewajipan tersebut, guru berkenaan menyediakan sejadah di koridor bagi memastikan murid-murid menyempurnakan solat subuh sebelum melangkah masuk ke dalam kelas.
“Tahniah kepada ibu bapa yang berjaya mengejutkan anak awal pagi dan solat subuh bersama. Kita doakan anak-anak yang bangun subuh cemerlang,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna memuji pendekatan guru tersebut dalam mendidik anak murid dengan penuh kasih sayang selain mengutamakan pembentukan sahsiah murid sejak usia muda.
“Dengan cara ini anak-anak di rumah akan cakap kena solat subuh dulu sebelum ke sekolah. Lama-kelamaan mereka akan terbiasa,” kata @Nun4yra.
“Bagus ustaz, tak kisah murid-murid ada wuduk atau pandai solat ke tidak, yang penting mereka tahu pentingnya solat subuh sebelum memulakan pelajaran,” kata @Rm.rm.rmm16.
“Ibu bapa perlu mengingatkan anak-anak permulaan hari bermula dengan tanggungjawab kita kepada Tuhan iaitu solat subuh. Tak apa jika mereka masih kecil, kita didik dari awal,” ujar @Singgang.budu3. – KOSMO! ONLINE
@mohdhaizularny Kempen solat subuh #cikgu #guru #sekolah #kementerianpendidikanmalaysia #hananaacademy ♬ original sound – Mohd Haizul Arny
The post [VIDEO] ‘Solat subuh dulu, baru masuk kelas’ appeared first on Kosmo Digital.



