Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di tiga negeri hingga pukul 12 tengah hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Semenanjung, kawasan yang dijangka terlibat adalah Perlis dan Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar dan Yan).
“Hujan lebat turut diramal berlaku di Sarawak melibatkan Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu dan Kapit (Song dan Kapit),” katanya.
MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE
The post Ribut petir di Perlis dan Kedah hingga tengah hari appeared first on Kosmo Digital.
