Auto Added by WPeMatico

![]()
BATU PAHAT – Dua wanita dipercayai berusia lingkungan 20-an maut selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka terbakar dalam kemalangan melibatkan sebuah lori di Jalan Ayer Hitam-Yong Peng di sini petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.21 petang itu, kedua-dua mangsa dilaporkan tersepit di dalam kereta yang terbakar.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Penolong Penguasa Bomba Mohd Shamin Mohamed Salikin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sebelum menggerakkan pasukan ke lokasi.
Menurutnya, seramai 16 anggota bersama dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah kenderaan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan sebuah pacuan empat roda dikejarkan ke tempat kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mendapati berlaku kebakaran kereta akibat kemalangan jalan raya membabitkan sebuah Perodua Myvi dan sebuah lori.
“Kereta Perodua Myvi itu terbakar dan terdapat dua mangsa tersepit di dalamnya sebelum kerja-kerja memadamkan kebakaran serta mengeluarkan mangsa dilakukan,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati kedua-dua mangsa dipercayai wanita berusia sekitar 20-an. Bagaimanapun, identiti kedua-dua mangsa masih dalam proses dikenal pasti. – KOSMO! ONLINE
The post Dua wanita rentung, Myvi terbakar lepas bertembung lori appeared first on Kosmo Online.
