Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA β Seorang lelaki βdijemputβ Ilahi dengan jalan indah apabila dia meninggal dunia sewaktu sedang tahiyat akhir solat isyak di surau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Taman Daya, Johor Bahru, Isnin lalu.
Lelaki tersebut, Allahyarham Abdul Malik Zakaria merupakan pengawal keselamatan dan video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) pemergian lelaki itu dimuat naik anak saudaranya pada TikTok Snower Rewons.
βKeluar bekerja mencari rezeki halal buat keluarga, dan akhirnya kembali kepada Pencipta dalam keadaan sangat dicemburui ramai. Arwah rebah ketika berada dalam tahiyat akhir solat isyak, saat hati dan jasad sedang menghadap Allah SWT.
βTiada siapa menyangka, sujud dan doa pada malam itu menjadi detik terakhir perjalanannya di dunia. Seorang insan yang menghabiskan harinya mencari nafkah untuk keluarga, dan mengakhiri kehidupannya dalam ibadah kepada Tuhan di surau JPJ Taman Daya JB,β katanya.
Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas termasuk seorang pengguna TikTok Noramalina, sepupu wanita itu yang juga anak Allahyarham Abdul Malik dan dia turut menceritakan peribadi bapanya.
βTerima kasih semua kerana dah doakan untuk arwah ayah saya, semoga arwah ayah saya Abdul Malik Bin Zakaria ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan bertakwa.
βAntara perkara paling saya ingat tentang ayah ialah kecintaannya kepada rumah Allah. Selagi diberi kesihatan, dia akan cuba hadir ke masjid atau surau terdekat dan membantu apa yang termampu.
βSuka membantu orang tanpa mengharapkan balasan, menghormati ibu bapa, dan sentiasa mengutamakan keluarga. Semoga itu menjadi antara amalan yang memberatkan timbangan kebaikannya di akhirat,β katanya pada ruangan komen.
βPenutup cerita yang sempurna,β komen Obiter.
βMasya-Allah, hebatnya pak cik ni. Semoga aku pun dijemput pulang waktu tengah solat,β katanya. β KOSMO! ONLINE
@snowerrewonsKeluar bekerja mencari rezeki yang halal buat keluarga, dan akhirnya kembali kepada Pencipta dalam keadaan yang sangat dicemburui ramai. Arwah rebah ketika berada dalam tahiyat akhir solat Isya, saat hati dan jasad sedang menghadap Allah SWT pada 15/6/26. Tiada siapa menyangka, sujud dan doa pada malam itu menjadi detik terakhir perjalanannya di dunia. Seorang insan yang menghabiskan harinya mencari nafkah untuk keluarga, dan mengakhiri kehidupannya dalam ibadah kepada Tuhan di surau JPJ Taman Daya JB. Semoga setiap titik peluh yang dicurahkan demi keluarga menjadi amal jariah yang berterusan, dan semoga Allah menerima segala amal kebaikannya, mengampuni segala khilafnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba yang beriman dan beroleh rahmat. Pergi dalam keadaan yang sedang mengingati Allah, satu pengakhiran yang menjadi dambaan ramai. Al-Fatihah buat arwah paksu, ABDUL MALIK BIN ZAKARIA ![]()
β¬ original sound β πππππ€π‘πππππππ
The post [VIDEO] βSujud doa malam itu, jadi detik akhir perjalanan Allahyarham Abdul Malik di duniaβ appeared first on Kosmo Digital.

