Auto Added by WPeMatico

![]()
NEW DELHI: Sejumlah keluarga Rohingya yang tinggal di penempatan sementara di kawasan Karyani Talab, Narwal, Jammu mula merobohkan rumah dan kedai mereka.
Ia berlaku selepas pihak berkuasa mengeluarkan notis kepada pemilik tanah yang menyewakan lot berkenaan kepada mereka, menyebabkan ratusan keluarga berdepan risiko kehilangan tempat tinggal.
Penduduk dilihat pada Selasa dan Rabu merobohkan pondok, membuka struktur kayu dan kedai, selain mengemas barangan selepas pemilik tanah meminta mereka mengosongkan lot berkenaan.
Penduduk berkata, mereka kini terpaksa duduk di tepi jalan kerana tidak mempunyai tempat untuk dituju.
“Kami pekerja miskin dan mencari rezeki melalui kerja harian. Kami tidak tahu ke mana hendak pergi sekarang,” kata seorang penduduk Rohingya yang enggan dikenali kepada Maktoob.
Menurut penduduk, pihak berkuasa pada mulanya merobohkan kira-kira 30 hingga 40 kedai, sebelum keluarga yang tinggal di penempatan sementara bersebelahan diminta mengosongkan kawasan berkenaan.
Seorang anggota komuniti Rohingya berkata, kira-kira 350 hingga 500 keluarga yang tinggal di sekitar 80 hingga 90 pondok sementara telah diminta berpindah.
“Sesetengah keluarga telah tinggal di penempatan itu selama 15 hingga 16 tahun,” ujarnya.
Pemindahan keluarga berkenaan berlaku selepas pihak berkuasa mengeluarkan notis kepada pemilik lot tanah tempat keluarga Rohingya membina struktur kediaman dan premis perniagaan.
Notis berkenaan dilaporkan mempersoalkan tindakan pemilik tanah membenarkan warga asing menetap di lot mereka dan mengarahkan mereka merobohkan pondok serta kedai berkenaan.
Penduduk berkata, mereka memiliki kad pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan melarikan diri dari Myanmar selepas keganasan serta penganiayaan memaksa mereka meninggalkan rumah masing-masing. – AGENSI
The post Ratusan keluarga Rohingya diusir selepas rumah, kedai diroboh atas arahan pihak berkuasa appeared first on Utusan Malaysia.
