Auto Added by WPeMatico

![]()
JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial memaparkan seorang lelaki berpaut pada cermin hadapan kereta ketika kenderaan itu sedang bergerak laju, lapor laman berita Detik.
Kejadian berlaku di Petamburan, Jakarta Barat pada 1 Mei lalu.
Dalam video tersebut, lelaki berbaju hitam itu berpaut kuat sambil memegang telefon bimbit.
Kereta tersebut kemudian berhenti sebelum menyebabkan kesesakan lalu lintas sambil beberapa kenderaan lain membunyikan hon.
Ketua Polis Daerah Grogol Petamburan, AKP Reza Aditya berkata, pergelutan itu berjaya dilerai oleh beberapa anggota keselamatan yang berada di sana.
“Anggota keselamatan kawasan setempat mengarahkan kereta itu berhenti di lobi pusat beli-belah dan mereka berunding.
“Kejadian itu berpunca daripaa masalah keluarga. Namun, ia kemudiannnya berjaya dilerai,” kata Reza. – AGENSI
The post Lelaki nekad berpaut cermin kereta appeared first on Kosmo Digital.






