Auto Added by WPeMatico

![]()
KEMAMAN – Seorang pekerja sebuah kedai emas di daerah ini ditahan semalam bagi membantu siasatan melakukan pecah amanah sehingga menyebabkan kerugian RM250,000.
Wanita berusia 23 tahun itu diberkas di sekitar daerah ini pada pukul 9.30 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, penahanannya berikutan aduan dibuat pengusaha kedai emas berkenaan pada pukul 6.14 petang, 30 September lalu.
“Wanita berusia 32 tahun tersebut mendakwa suspek telah melakukan pecah amanah dengan mengambil emas dan wang tunai milik premis berkenaan untuk kegunaan peribadi.
“Perbuatan didakwa dilakukan sejak bulan Februari lalu tersebut telah menyebabkan kerugian RM250,000,” katanya di sini hari ini.
Mohd. Razi berkata, suspek telah ditahan reman selama tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan.- KOSMO! ONLINE
The post Pekerja kedai emas disyaki pecah amanah RM250,000 appeared first on Kosmo Online.
