Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga pukul 11 malam ini.
MetMalaysia memaklumkan, antara kawasan yang terlibat ialah beberapa daerah di Kedah termasuk Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu selain seluruh Pulau Pinang.
Di Perak, cuaca buruk dijangka melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Kelantan serta Kemaman di Terengganu turut berada dalam kawasan amaran.
Selain itu, beberapa daerah di Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor turut diramalkan mengalami ribut petir serta hujan lebat dalam tempoh tersebut.
Di Malaysia Timur, amaran sama melibatkan beberapa kawasan di Sarawak termasuk Sibu, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang, manakala di Sabah membabitkan daerah Nabawan, Tawau, Kunak, Lahad Datu, Tongod dan Kinabatangan.
Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan berintensiti melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.
“Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran,” katanya.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, mengelakkan aktiviti luar serta mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya cuaca bertambah buruk. – KOSMO! ONLINE
The post Sejuk malam ini,11 negeri hujan lebat appeared first on Kosmo Digital.

