Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Penduduk di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah diminta berwaspada susulan amaran ribut petir serta hujan lebat sehingga pukul 5 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam amaran yang dikeluarkan pada pukul 2.15 petang memaklumkan, cuaca berikut dijangka melibatkan enam daerah di Kelantan.
“Kawasan terbabit ialah Pasir Puteh, Machang, Bachok, Kota Bharu, Pasir Mas dan Tumpat.
“Di Terengganu pula, amaran sama dikeluarkan bagi kawasan Besut,” katanya.
Sementara itu, Sarawak merekodkan kawasan paling banyak terlibat dengan amaran berkenaan termasuk Betong, Sarikei dan Samarahan membabitkan Sebuyau, Simunjan, Gedong serta Asajaya.
Turut terjejas ialah Kapit melibatkan Song dan Kapit. Sri Aman pula membabitkan Lingga, Pantu dan Sri Aman serta Miri meliputi Subis, Beluru dan Marudi.
Amaran sama turut membabitkan Mukah iaitu Tanjung Manis serta Sibu di Sibu dan Kanowit. Bintulu pula melibatkan Kuching dan Lundu.
Di Sabah, ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di kawasan pedalaman membabitkan Keningau dan Tambunan. – KOSMO! ONLINE
The post Ribut petir landa Pantai Timur peting ini appeared first on Kosmo Online.
