Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA LUMPUR – Seorang bapa warga Indonesia dipenjara 60 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan merogol anak kandung sendiri, sejak lima tahun lalu.
Hakim Mazuliana Abdul Rashid menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh berusia 56 tahun itu mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.
Mahkamah turut memerintahkan lelaki yang telah menetap di Malaysia selama 43 tahun itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 23 Julai lalu serta dikenakan 60 sebatan.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu telah merogol anak kandungnya di sebuah unit kediaman di Taman Midah, di sini, antara pukul 9.30 malam, 2 Oktober 2021 dan 3.32 petang, 30 Jun 2026.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan maksimum 30 tahun serta boleh dikenakan sebatan minimum 10 kali, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya J. Banusha mencadangkan hukuman berat sebagai pengajaran mengambil kira hubungan amanat tertuduh sebagai bapa kandung selain kesan kesalahan itu kepada mangsa.
“Mangsa telah mengalami satu kemurungan yang melampau sehingga tidak mampu untuk bertahan dengan kejadian ini yang telah berulang kali berlaku sehingga mangsa juga menyatakan tidak mampu untuk mengira berapa kali ayah telah merogol, sebanyak ratusan kali.
“Mangsa juga mempunyai niat untuk membunuh diri namun demikian terpaksa memikirkan anak yang berusia empat tahun.
“Sebelum ini, tertuduh ini juga telah dipertuduhkan untuk kes pencabulan terhadap anak mangsa yang berusia empat tahun,” katanya.
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon agar mahkamah memberikan hukuman ringan.
Mengikut fakta kes, mangsa pertama kali dirogol pada 2 Oktober 2021 ketika tinggal berdua di rumah sebelum berulang sebanyak lima kali di lokasi sama sehingga Jun tahun ini.
Akibat kejadian pertama, mangsa disahkan hamil pada April 2022 sebelum melahirkan seorang bayi perempuan pada 11 Julai tahun sama.
Bapa itu juga mengugut supaya anaknya itu tidak menceritakan kejadian sebenar kepada ibu tirinya atau mana-mana individu lain.
Laporan analisis kimia ujian asid deoksiribonukleik (DNA) kemudian mengesahkan tertuduh merupakan bapa kandung kepada bayi berkenaan. -KOSMO! ONLINE
The post Bapa noda anak kandung dijel 60 tahun, 60 sebatan appeared first on Kosmo Digital.
