Auto Added by WPeMatico
23 kawasan di seluruh negara dilanda ribut petir, hujan lebat

![]()
PETALING JAYA– Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa negeri di seluruh negara sehingga pukul 6 petang ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), amaran berkenaan melibatkan seluruh negeri Kelantan, Terengganu dan Selangor, selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya.
Di Perak, kawasan terlibat ialah Selama, Larut Matang, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim, Hilir Perak dan Bagan Datuk.
Bagi Pahang, amaran melibatkan Jerantut, Lipis, Cameron Highlands, Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Kuantan, manakala di Negeri Sembilan membabitkan Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Tampin, Seremban dan Rembau.
Di Johor, kawasan yang terjejas ialah Segamat, Muar, Kluang, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Johor Bahru dan Kota Tinggi.
Sementara itu, di Sarawak, amaran melibatkan Sri Aman, Limbang, Marudi, Miri, Sebauh, Bintulu, Bau, Kuching, Serian dan Samarahan.
Di Sabah, kawasan terbabit ialah Sipitang, Tenom, Sook dan Beaufort di Pedalaman, selain Ranau, Kota Belud, Tuaran dan Kota Kinabalu di Pantai Barat.
METMalaysia memaklumkan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berlaku melebihi sejam.- KOSMO! ONLINE
The post 23 kawasan di seluruh negara dilanda ribut petir, hujan lebat appeared first on Kosmo Online.
