Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat di beberapa kawasan di empat negeri Semenanjung hingga pukul 1 tengah hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Semenanjung, kawasan yang dijangka terlibat adalah Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak di Perak.
“Hujan lebat turut diramal berlaku di Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang di Selangor), Negeri Sembilan (Port Dickson) dan Melaka (Alor Gajah dan Melaka Tengah),” katanya.
MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE
The post Hujan lebat landa empat negeri hingga tengah hari appeared first on Kosmo Digital.
