Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di Johor dan Sarawak hingga pukul 2 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Johor, kawasan yang dijangka terlibat adalah Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Hujan lebat turut diramal berlaku di Sarawak (Kuching, Serian (Serian), Samarahan, Sri Aman (Lubok Antu), Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu (Tatau dan Bintulu),” katanya.
MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE
The post Hujan lebat di Johor hingga 2 petang ini appeared first on Kosmo Digital.

