Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga pukul 2 pagi esok.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, antara kawasan terlibat di Kedah ialah Pokok Sena, Padang Terap, Pendang dan Sik, manakala di Perak melibatkan Batang Padang dan Muallim.
Di Kelantan pula, kawasan yang dijangka terjejas ialah Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai, selain Kemaman di Terengganu.
“Amaran turut melibatkan seluruh negeri Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka.
“Di Selangor, kawasan terlibat ialah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya,” katanya hari ini.
Menurut MetMalaysia, di Johor pula amaran melibatkan daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian.
Sementara itu di Sarawak, kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk ialah Miri dan Limbang.
Di Sabah pula, kawasan terlibat meliputi Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Sandakan, Pitas dan Kudat selain Wilayah Persekutuan Labuan.
MetMalaysia menjelaskan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi satu jam.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi laman sesawang rasmi MetMalaysia serta aplikasi myCuaca. – KOSMO! ONLINE.
The post Hujan di beberapa negeri sampai pagi nanti appeared first on Kosmo Digital.
