Auto Added by WPeMatico

TEHRAN – Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei menyatakan hari ini bahawa negara itu tidak akan menyerah seperti yang dituntut oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Beliau turut memberi amaran kepada AS bahawa ia akan menghadapi ‘kerosakan yang tidak boleh diperbaiki’ jika Washington campur tangan dalam menyokong sekutunya.
Ucapan itu dibuat enam hari selepas konflik Iran-Israel, dengan Trump menuntut agar Tehran menyerah tanpa syarat.
Trump turut berkata bahawa AS boleh membunuh Khamenei, sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan akan campur tangan.
“Negara ini tidak akan menyerah,” kata Khamenei dalam ucapan yang disiarkan di televisyen, di mana beliau menggelar kata dua Trump sebagai ‘tidak boleh diterima’.
“Amerika harus tahu bahawa sebarang campur tangan tentera sudah pasti akan mengakibatkan kerosakan yang tidak boleh diperbaiki.
“Ancaman tidak akan menjejaskan pemikiran dan tingkah laku negara Iran,” kata Khamenei.
Ketegangan Iran-Israel bermula Jumaat lalu apabila Rejim Zionis melancarkan kempen pengeboman besar-besaran yang mendorong Iran bertindak balas dengan peluru berpandu dan dron. – AFP
The post Iran beri amaran keras kepada Trump appeared first on Kosmo Digital.