Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki mengalami patah kaki kanan selepas tersepit dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kuchai Lama, di sini, petang tadi.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.53 petang sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh ke lokasi kejadian.
“Menurut Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan I Umar Farook Saadon, kemalangan melibatkan sebuah Honda HR-V, Proton X50 dan Perodua Ativa.
“Honda HR-V melibatkan tiga mangsa iaitu seorang pemandu lelaki yang tersepit dan mengalami patah kaki kanan, manakala dua penumpang wanita mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan itu menambah, Proton X50 pula melibatkan dua mangsa iaitu seorang penumpang wanita yang mengalami kecederaan pada tangan dan kaki, manakala pemandu lelaki tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Pemandu Perodua Ativa, seorang lelaki dewasa tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Katanya, pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit pada pukul 7.30 malam sebelum mangsa diserahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE
The post Lelaki cedera tersepit akibat kemalangan tiga kenderaan appeared first on Kosmo Digital.
