Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Pelakon Kamal Adli menyokong keputusan rakan seperjuangannya, Fattah Amin mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik satu akaun media sosial yang didakwa menyebarkan fitnah mengenai kehidupan peribadinya.
Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, berkata dia juga tertanya-tanya identiti sebenar individu di sebalik nama Musang Berjanggut yang membuat serangan jahat itu.
“Jahat gila mulut binatang itu. Bedal saja Fattah. Tak nak lapor saja, nak tahu juga siapa jadi musang itu,” tulis Kamal dalam ruangan komen di platform Threads.
Semalam, Fattah meluahkan rada terkilan apabila akaun berkenaan didakwa memuat naik beberapa hantaran berbaur fitnah terhadap dirinya.
Menurut suami kepada penyanyi, Amira Othman itu sebelum ini dia enggan mengendahkan provokasi namun nekad memilih menggunakan saluran undang-undang selepas fitnah dilemparkan semakin keterlaluan.
“Saya serius tak nak kisah atas benda-benda remeh dan fitnah yang selama ini telah awak cipta.
“Tapi rasanya naratif yang digunakan, fitnah yang diada-adakan ini sudah semakin melampau,” tulisnya.
Pada masa sama, bapa kepada dua anak itu juga mendakwa sudah membuat laporan terhadap akaun tersebut kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
“Saya dah lama report akaun awak ini pada PDRM dan SKMM sebab dah bertahun-tahun awak wujudkan fitnah-fitnah ini.
“Selebihnya yang lain-lain saya tak nak komen sebab anda semua boleh menilai bahasa dan kata-kata akaun Musang ini.
“Mungkin dah sampai masa kita gunakan button report ini beramai-ramai supaya akaun seperti ini tidak sepatutnya wujud di kalangan masyarakat kita,” ujarnya.
Isu membabitkan Fattah tercetus selepas tular kemunculannya dengan bekas isteri, Fazura di sekolah anak mereka, Nur Fatima Aisya bersempena sambutan Hari Kebudayaan, baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Jahat mulut gila mulut binatang itu, bedal saja Fattah’ appeared first on Kosmo Digital.




