
![]()
PETALING JAYA – “Cikgu-cikgu tak pernah paksa setiap mak ayah kena bawa makanan itu ini dan ibu bapa berkemampuan pun seronok ja bawakan makanan untuk dijamu kepada anak-anak lain. Kongsi rezeki kan benda baik?”
Itu kenyataan seorang lelaki berkenaan ‘budaya’ menganjurkan jamuan raya di sekolah susulan ada pihak yang beranggapan ia adalah perkara membebankan.
“Kasihan dekat anak-anak kalau kita sebagai mak ayah ni terlalu fikir pasal ‘beban’ sampai tutup peluang dia orang nak rasa kegembiraan tu.
“Jamuan raya ni sebenarnya platform untuk anak-anak yang kurang berkemampuan merasa makanan sedap-sedap hasil perkongsian ibu bapa berkemampuan. Ladang pahala juga buat mak ayah yang sediakan makanan.”
“Saya kalau masa jamuan raya tu ada duit lebih saya akan bawakan makanan. Kalau tak, saya terus terang dekat anak-anak. Maklumlah anak tiga orang, kadang-kadang sesak. Tak ada masalah pun, tak apa cikgu dan ibu bapa lain faham je,” katanya.
Tambah individu berkenaan, jangan disempitkan dada dengan perkara yang sepatutnya bawa pahala.
“Raikanlah kegembiraan anak-anak tu sebab dalam rezeki orang lain yang dibawa ke sekolah tu mungkin sebenarnya ada terselit rezeki untuk anak-anak kita juga.
“Moga tahun ni ada rezeki lebih untuk bawa makanan ke sekolah masa jamuan raya nanti. Dah rancang dah nak masak apa. Bukan kena masak seperiuk pun, kan konsep ‘potluck’. Kau orang dah sedia ke,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Sekolah tak paksa pun ibu bapa bawa makanan sambutan raya’ appeared first on Kosmo Digital.


