Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu memandu pada kelajuan tinggi di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) mengundang kecaman dalam kalangan pengguna media sosial.
Menerusi satu video tular, rakaman papan pemuka memaparkan sebuah kenderaan dipandu laju di lebuh raya mengalami hilang kawalan apabila tiba di kawasan beralun.
Pemandu bagaimanapun dilihat sempat mengawal dan menarik stereng semula sehingga kenderaan dipandu kembali stabil.
“Tengah santai-santai layan LPT.. alhamdulillah panjang lagi umur,” tulisnya pada video tersebut.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna menyifatkan kelajuan tersebut sebagai berbahaya dan tidak wajar, meskipun jalan dilihat lengang.
Seorang pengguna berkata, kelajuan itu jelas melampaui had dibenarkan dan tidak boleh dianggap sebagai ‘santai’.
“255 km/j bukan santai, kalau santai 110 sahaja,” katanya.
Selain itu, terdapat juga yang mengingatkan bahawa keadaan jalan di LPT2 yang beralun dan berselekoh di beberapa kawasan meningkatkan risiko kemalangan jika dipandu pada kelajuan tinggi malah ada yang menegaskan bahawa lebuh raya tersebut bukan tempat untuk menguji kemampuan kenderaan atau pemandu.
“Jangan buat main, LPT2 bahaya bawa laju. Jalan tak rata di sesetengah kawasan,” kata seorang lagi pengguna.
“Jalan LPT bukan tempat bersantai pada kelajuan begitu. Cuba fikir kalau melibatkan orang lain,” ujar seorang netizen. – KOSMO! ONLINE
@aminnmaliki Alhamdulillah panjang lagi umur #tb #rs3 #CapCut ♬ original sound – Doc70r
The post [VIDEO] ‘Santai’ bawa laju di LPT2 undang kecaman appeared first on Kosmo Digital.
