Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA LUMPUR – Menghabiskan masa selama 22 jam di set penggambaran demi menjayakan babak sukan pickleball, pelakon Anna Jobling mengakui trauma kerana perlu dilakukan berulang kali bagi mendapatkan visual terbaik.
Menurut Anna atau nama penuhnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman Jobling, 26, dia tidak berminat bermain pickleball buat masa ini kesan daripada pengalaman tersebut.
“Saya tak sangka kami akan bekerja selama 22 jam untuk mendapatkan babak yang cantik bagi drama ini.
“Saya juga rasa agak trauma apabila terpaksa buat perkara sama berulang kali. Saya pula tak minat sangat dengan sukan pickleball.
“Janganlah ajak saya main lagi untuk enam bulan ke hadapan,” katanya kepada Kosmo! Online semasa sidang media drama Dink! I Love You…, baru-baru ini.
Berkongsi lanjut, pelakon filem Sukma itu tidak menafikan dia hampir berputus asa berukutan terlalu letih namun bersyukur tidak tidak mengalami kecederaan fizikal.
“Saya tidaklah sampai menangis. Rasa nak putus asa itu ada tapi tidaklah sampai nak berhenti penggambaran.
“Saya cuma penat sahaja tapi alhamdulillah tiada kecederaan berlaku,” ujarnya.
Bagi memastikan stamina kekal terjaga sepanjang tempoh bekerja, Anna mengamalkan rutin penjagaan asas.
“Persediaan saya hanyalah minum air, rehat bila perlu dan kena ada pemikiran yang positif.
“Bila di set, kita akan cepat penat tapi kita ada barisan pelakon, kru, pengarah dan persekitaran yang positif, seronok serta energetik, penat pun kita tak kisah asalkan kerja selesai,”jelasnya.
Bercakap mengenai drama terbaharu lakonannya, Dink! I Love You… Anna berkata penonton boleh mengikutinya menerusi platform penstriman UTV.
Selain Anna, naskhah romantik tersebut dibintangi Arfie Shah, Aedy Ashraf, Dottie dan Juzzthin. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Jangan ajak saya main pickeball, trauma!’ appeared first on Kosmo Digital.
