Auto Added by WPeMatico

PELAKON Adam Lee berlapang dada apabila rezeki lakonannya lebih ke arah drama berbanding filem khususnya genre aksi seperti rakan seperjuangannya lain.
Menurut Adam atau nama sebenar Muhamad Arif Adam Mohamed Fadlee, dia tidak lagi berasa terkilan sebaliknya menerima setiap aturan rezeki dengan tenang.
Kalau nak cakap terkilan, tidaklah (tiada tawaran filem) kerana ‘sakit’ kalau asyik fikir perkara tersebut.
“Saya kena belajar reda dan terima setiap rezeki yang hadir dengan rasa syukur,” katanya kepada HibGlam baru-baru ini.
Meski kurang membintangi naskhah layar lebar, dia bersyukur sentiasa dihujanitawaran drama.
“Insya-Allah, saya akan masuk set penggambaran untuk sebuah drama bagi saluran Tonton tidak lama lagi.
Muka saya, berlakon drama sahaja, nak masuk filem, saya tidak tahu kenapa asyik tak lepas?
“Sampai muka pernah ‘pecah’ (cedera) pada bahagian kening kiri dan tujuh jahitan lagi. Jadi, rasa-rasanya saya sudah buktikan yang saya boleh bertarung tetapi masih belum ada rezeki lagi,” ujarnya.
Ulas suami kepada aktres, Sweet Qismina itu lagi, dia masih dihujani dengan tawaran drama genre romantik komedi yang sudah menjadi ‘makanannya’ sebelum ini.
Sampai sekarang saya masih ditawarkan drama genre cinta dan komedi romantik.
“Apa pun, saya tetap terima sebab berlakon adalah kerja hakiki,” ujarnya yang kini aktif berniaga barangan terpakai termasuk pakaian miliknya.
Sebelum ini, Adam pernah meluahkan rasa kecewa kerana impiannya untuk melebarkan sayap ke layar lebar terutama genre aksi masih belum kesampaian walaupun telah menghadiri banyak sesi uji bakat. – HIBGLAM



