Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Bekas suami Erra Fazira, Engku Emran mencuri perhatian ramai selepas berkongsi foto dia bertemu dengan suami baharu selebriti terkenal itu.
Emran berkongsi momen dia, Erra dan Ezwan yang berada di lapangan terbang menghantar anak mereka Engku Aleesya yang akan berangkat ke United Kingdom (UK).
“Welcome to the family, Mr E. (Selamat datang dalam keluarga kami, Mr. E). Senang sekali akhirnya dapat berjumpa dengan bapa tiri Aleesya,” katanya.
“Aleesya ditawarkan tempat untuk menghadiri kursus pendek di Oxford United Kingdom selepas grednya yang baik dalam International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).
“Jadi kami bertiga menghantarnya di lapangan terbang pagi semalam,” coretnya.
Momen mereka berkumpul di lapangan terbang tersebut menuai pujian netizen yang menyifatkan Emran dan Erra sebagai ibu dan bapa yang baik buat Aleesya meskipun tidak lagi bersama.
“Insan hebat. Semuanya untuk kebaikan bersama dan anak. Tindakan yang harus dicontohi,” komen netizen.
Untuk rekod, Emran atau nama lengkapnya Engku Emran Engku Zainal Abidin, 50 dan Erra pernah berkahwin pada tahun 2007, namun jodoh mereka tidak panjang apabila bercerai pada tahun 2014.
Hasil perkongsian hidup selama tujuh tahun, mereka dikurniakan seorang anak iaitu Engku Aleesya yang kini berusia 16 tahun. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Welcome to the family’ – Engku Emran ‘approve’ Mr. E appeared first on Kosmo Digital.
