Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Sistem Platform Intrusion Emergency Stop (PIES) di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) diaktifkan dan bekalan kuasa ke landasan diputuskan sementara di Stesen Wangsa Maju pagi tadi susulan berlaku insiden seorang penumpang pitam sebelum terjatuh ke landasan.
Rapid KL dalam kenyataan berkata, kejadian yang berlaku pada pukul 6.52 pagi itu menyebabkan perkhidmatan di Laluan Kelana Jaya mengalami sedikit kelewatan.
Katanya, penumpang terlibat kemudiannya berjaya dibawa keluar dari kawasan landasan oleh
petugas stesen dan dibawa ke bilik kecemasan untuk mendapatkan rawatan awal.
“Penumpang yang berasa kurang sihat atau memerlukan pertolongan di stesen atau platform disarankan untuk mendapatkan bantuan dari Polis Bantuan atau petugas stesen.
“Selain itu, penumpang juga dinasihatkan supaya sentiasa berada di belakang garisan kuning ketika berada di platform sebagai langkah keselamatan semasa menunggu tren,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE
The post Penumpang pitam, jatuh di landasan LRT Wangsa Maju appeared first on Kosmo Online.
