Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak nyaris dilanggar kenderaan selepas dipercayai cuba melintas jalan bersendirian tanpa pengawasan ibu bapanya dalam kejadian yang dirakam kamera papan pemuka (dashcam).
Menerusi rakaman tersebut, sebuah kereta Perodua Alza yang berada di hadapan sempat menekan brek secara mengejut sebaik menyedari kanak-kanak itu berada di bahu jalan raya.
Pemandu berkenaan kemudian membunyikan hon beberapa kali sebelum kelihatan kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut bergegas menyelamatkan anak mereka.
“Tolonglah eh, jangan sesekali leka terutama bila ada anak kecil. Video ini buat aku sedar, sekelip mata sahaja boleh jadi tragedi. Masih berdebar, nasib sempat brek. Lokasi dirahsiakan. Semoga jadi peringatan buat semua.
“Untuk baby (bayi) itu, maaf kalau aunty (mak cik) hon buat awak terkejut dan menangis. Aunty risaukan awak kat tengah jalan tu,” katanya.
Perkongsian itu meraih sebanyak 242,376 tontonan dan dibanjiri komen pengguna media sosial yang meluahkan rasa lega apabila kanak-kanak berkenaan berjaya diselamatkan.
“Ya Allah, nasib baik dia cepat perasan anak itu berada di situ. Kawasan sini memang kenderaan semua laju, lagi-lagi waktu sesak. Aduh,” komen Sherry.
“Mak ayah dia tak perasan sebab sibuk buat kerja agaknya. Tapi kalau bijak, boleh bergilir tengok anak. Dah tahu kedai depan jalan besar. Bahaya,” tulis seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] ‘Sekelip mata sahaja, boleh bertukar tragedi’ appeared first on Kosmo Digital.
