Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA NERUS – Tindakan nekad seorang buruh binaan meredah rumah pusakanya yang sedang marak terbakar berakhir tragedi apabila dia diperangkap di dalam kediaman tersebut di Kampung Pak Tuyu, di sini, malam tadi.
Mayat Shafie Awang @ Abd Rahman, 49, ditemui rentung dalam rumah pusakanya yang hangus terbakar pada pukul 7.30 malam.
Abang mangsa, Mohamad, 56, berkata, dia yang menetap di Kampung Batin, Seberang Takir di sini bergegas ke lokasi kejadian sebaik diberitahu tentang kebakaran tersebut pada pukul 8 malam.
“Saya diberitahu penduduk kampung, adik saya (Shafie) yang pulang dari tempat kerja terkejut melihat rumah pusaka keluarga kami sedang terbakar.
“Dia yang panik dikatakan telah meredah masuk ke dalam rumah dipercayai bagi mengambil kunci motosikal untuk mengalihkannya ke tempat selamat,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu, Muhammad Basri Kamarazaman berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat kebakaran tersebut pads pukul 7.37 malam.
“Api kebakaran berjaya dikawal pada pukul 8.02 malam. Mayat mangsa (Shafie) yang ditemui di bahagian hadapan rumah telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Buruh binaan rentung, terperangkap rumah pusaka terbakar appeared first on Kosmo Digital.