Auto Added by WPeMatico

![]()
LUMUT – Seorang individu tidak dipastikan umur dan jantina rentung selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terbakar dalam nahas dengan sebuah treler di Jalan Batu 9, Kampung Semangat, Segari, Pantai Remis di sini pada pukul 4.36 pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sebaik sahaja tiba di lokasi, bomba mendapati sebuah MPV jenis Toyota Innova terbakar hampir 90 peratus selepas dipercayai bertembung dengan sebuah treler jenis Nissan.
“Anggota bomba telah menemui seorang mangsa yang terperangkap serta rentung di dalam kenderaan tersebut (Toyota Innova).
“Peralatan rescue cutter telah digunakan untuk mengeluarkan mayat mangsa sebelum diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.
“Bagaimanapun, identiti dan jantina mangsa masih belum dapat diketahui,” katanya di sini hari ini.
Katanya, pemandu treler, seorang lelaki berumur 60 tahun hanya mengalami kecederaan ringan telah diberikan rawatan awal oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian
Ujarnya, dia kemudiannya dihantar ke hospital terdekat menggunakan ambulans. – KOSMO! ONLINE
The post Seorang rentung nahas dua kenderaan di Pantai Remis appeared first on Kosmo Digital.
