Auto Added by WPeMatico

![]()
SEBERANG PERAI – Empat sekeluarga tidak menyangka angin yang menyerupai ‘puting beliung’ menerbangkan bumbung garaj kediamannya sejauh kira-kira 15 meter dalam kejadian ribut yang di Kepala Batas di sini, semalam.
Muhamad Roslan Abd Rahim, 72, berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 petang itu, dia sedang berada di dalam rumah bersama isteri, anak dan cucu.
“Kira-kira 15 minit angin berpusing, saya dimaklumkan isteri yang bumbung telah tercabut.
“Saya berlari keluar, ingatkan bumbung rumah yang rosak, rupanya bumbung garaj termasuk tiang besi diterbangkan ke tanah lapang di sebelah rumah.
“Selama 30 tahun tinggal di sini, inilah kali pertama kejadian seumpama ini berlaku, namun mujurlah kami sekeluarga selamat,” katanya yang mengalami kerugian lebih RM15,000.
Dia berkata demikian selepas ditemui di kediamannya di Kampung Permatang Bertam di sini, hari ini.
Dalam kejadian ribut di Kepala Batas, lebih 90 premis termasuk sekolah, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas dan Hospital Kepala Batas (HKB) turut mengalami kerosakan, dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang semalam. – KOSMO! ONLINE
The post Angin pusing 15 minit, warga emas lari keluar rumah appeared first on Kosmo Digital.
