Auto Added by WPeMatico

![]()
KOTA TINGGI – Satu lagi insiden kebakaran melibatkan tanah gambut berlaku berhampiran Ladang IBZI, Pengerang petang semalam.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Ezam Mistorerrodin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran itu pada 6.28 petang melibatkan kawasan tanah gambut seluas kira-kira 12 hektar.
Katanya, sehingga tengah hari tadi sebanyak 10 peratus dari 12 ekar daripada keseluruhan kawasan terjejas telah berjaya dipadamkan.
“Pihak bomba menjangkakan pemadaman berkemungkinan mengambil masa dua hingga tiga hari berikutan faktor cuaca, muka bumi, dan angin.
“PKO bertindak membuat pemadaman secara direct attack di lokasi menggunakan dua aliran hos, Aliran pertama 200 kaki 1 Nozzel Dan Aliran kedua 100 kaki 1 Nozzel dari Pam Tohatsu sumber air terbuka parit berdekatan.
“Pemadaman diteruskan kaedah total flooding di kawasan spot api berbara dan kawasan asap tebal,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, seramai lapan pegawai bomba, sebuah jentera pemadam (FRT) dan sebuah kenderaan utiliti terlibat dalam operasi. – KOSMO! ONLINE
The post Lagi kawasan tanah gambut terbakar di Pengerang appeared first on Kosmo Online.
