Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Trafik dilaporkan sesak luar biasa di Lebuh Raya Maju Expressway (MEX) dari Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seri Kembangan menghala ke Bukit Jalil ekoran kemalangan melibatkan lima buah kenderaan.
Menerusi video tular di Facebook Sepang Viral, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi tadi.
Kelihatan lorong kanan dan tengah terhalang sehingga mengakibatkan trafik menjadi perlahan.
Difahamkan setakat pukul 8 pagi tadi, kesemua kenderaan terlibat telah dialihkan ke tepi namun keadaan trafik masih lagi sesak disebabkan pertambahan kenderaan menuju Cyberjaya, Putrajaya dan Sepang.
Sementara itu, salah seorang pemilik kenderaan difahamkan sedang dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang bagi membuat laporan polis. – KOSMO! ONLINE
The post Lebuh Raya MEX sesak luar biasa kemalangan 5 kenderaan appeared first on Kosmo Digital.