Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Seorang pemandu lelaki bertindak memandu secara agresif sehingga sanggup melanggar beberapa kenderaan lain bagi melarikan diri daripada pemeriksaan polis, di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.10 petang, suspek berusia 20-an yang memandu Perodua Myvi berjaya diberkas selepas dikejar kereta peronda polis sejauh 15 kilometer.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, insiden mengejar suspek dipercayai berlaku di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) menghala ke arah Klang.
“Hasil pemeriksaan mendapati suspek mempunyai tujuh rekod lampau pelbagai kesalahan dan satu rekod masih dikehendaki atas kesalahan di bawah seksyen 15(4) Akta POCA 1959 di Kuala Bera, Pahang.
“Semakan ke atas nombor chasis kereta yang dipandu oleh suspek didapati mempunyai rekod kenderaan hilang bersabit laporan polis di Kuala Bera,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, suspek direman selama dua hari dan kes disiasat di bawah seksyen 186 serta seksyen 279 kanun keseksaan.
Katanya, suspek akan diserahkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera untuk siasatan kes di daerah berkenaan.
“Kertas siasatan akan dilengkapkan dan ditaklimatkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan selanjutnya.
“Saksi yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan bilik gerakan ibu pejabat polis daerah petaling jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan berhubung dengan kes,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
The post Myvi lari polis rupanya individu dikehendaki di Kuala Bera appeared first on Kosmo Digital.
