Auto Added by WPeMatico

![]()
KANGAR – Polis akan memanggil Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung video tular memaparkan seekor lembu korban ditembak menggunakan senapang di Kuala Perlis.
Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, pihaknya sudah mengambil maklum mengenai rakaman video yang tular di media sosial sejak semalam.
Katanya, setakat ini polis belum menerima sebarang laporan rasmi berhubung kejadian itu, namun siasatan awal telah dijalankan.
“Insiden itu sudah berada dalam pengetahuan pihak polis. Setakat ini belum ada sebarang laporan polis diterima, namun siasatan awal sedang dilakukan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut beliau, siasatan terperinci turut dijalankan bagi mengenal pasti jenis senjata dan peluru yang digunakan dalam kejadian berkenaan.
“Sama ada peluru yang digunakan itu adalah peluru hidup atau bukan, kita masih dalam siasatan. Kita akan panggil Menteri Besar untuk mendapatkan keterangan berkaitan isu ini,” ujarnya.
Kosmo! sebelum ini melaporkan kejadian tersebut berlaku pada Program Korban Perdana Dewan Undangan Negeri Kuala Perlis di Dataran Lok 9, Kuala Perlis di sini semalam. – KOSMO! ONLINE
The post MB Perlis dipanggil bantu siasatan video tular tembak lembu appeared first on Kosmo Digital.
