Auto Added by WPeMatico

![]()
SHAH ALAM – Seorang pegawai kanan dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor maut selepas dipercayai terjatuh dari bangunan di Vsita Alam, Seksyen 14 di sini.
Kejadian dilaporkan kira-kira pukul 3.07 pagi selepas Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerima maklumat berhubung insiden tersebut
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu hasil bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, Polis Selangor turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
Jelasnya, orang ramai juga diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan. – KOSMO! ONLINE
The post Pegawai kanan JSJ IPK Selangor maut jatuh bangunan appeared first on Kosmo Digital.
