Auto Added by WPeMatico

![]()
ALOR SETAR – Seorang wanita berusia 52 tahun ditemukan tidak bernyawa di rumahnya di Tanjung Bendahara, di sini disyaki dibunuh dalam kejadian awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, mangsa, Zahrullail Basir ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman serta kesan luka dan lebam dalam kejadian pada pukul 8.45 pagi itu.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Terdapat kesan tikaman pada bahagian perut, payudara dan pergelangan tangan mangsa selain lebam dan luka pada anggota badan lain.
“Motif pembunuhan dalam siasatan namun pemeriksaan mendapati barang berharga mangsa dilaporkan hilang iaitu beg tangan berisi barang kemas, wang tunai dan telefon bimbit. Polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut dan giat mengesan suspek yang terlibat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau menambah, sehubungan dengan itu polis mengesan anak si mati untuk membantu siasatan kes tersebut.
“Mana-mana pihak yang mengenali individu tersebut diseru tampil membantu siasatan di mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat kes. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih.
“Saksi, terutamanya ahli keluarga mangsa atau individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian, diminta tampil memberi keterangan di balai polis berhampiran atau di Ibu pejabat Polis Daerah Kota Setar,” jelasnya.- KOSMO! ONLINE
The post Eksekutif bank maut disyaki dibunuh appeared first on Kosmo Digital.

