Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA: Pelakon, Adam Lee menepis tanggapan segelintir pihak yang mendakwa dia mula menjual barangan terpakai atau ‘preloved’ kerana sudah tidak menerima tawaran lakonan.
Menurut Adam atau Muhamad Arif Adam Mohamed Fadlee, jualan tersebut dilakukan sekadar mahu mengisi masa terluang selepas mengambil cuti selama dua bulan daripada dunia seni sebelum kembali ke lokasi penggambaran.
“Berilah peluang untuk saya buat apa yang saya mahu. Kalau orang mahu fikir saya tiada tawaran lakonan, saya tidak boleh halang cara mereka berfikir.
“Apa yang saya boleh katakan, saya akan mula penggambaran sekitar 10 atau 15 Ogos nanti. Dua bulan ini saya memang bercuti daripada industri. Saya rasa sangat bahagia sebab dapat buat apa yang saya suka,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.
Dalam masa sama, pelakon drama Bayangan Lelaki Sempurna itu menyifatkan berniaga secara kecil-kecilan banyak membuka matanya mengenai realiti kehidupan di luar dunia glamor.
“Sebenarnya berniaga ini mengajar kita jadi lebih merendah diri. Ia buat kita sedar ruang dan sedar diri. Saya perlukan pengalaman itu. Saya tidak bercakap bagi pihak pelakon lain, saya bercakap untuk diri saya sendiri sebagai Adam Lee.
“Saya mahu jadi lebih matang dan lebih bijak menghadapi dunia sebenar. Semua benda dalam industri ini bersifat sementara. Sebab itu saya perlukan pelan sandaran. Walaupun begitu, semua orang tahu bahawa berlakon tetap kerja hakiki saya,” jelasnya.
Adam bagaimanapun tidak menafikan tujuannya menjual semula barangan terpakai miliknya kerana mahumengosongkan almari yang dipenuhi pakaian, kasut dan barangan yang sudah lama tidak digunakan.
“Saya difahamkan kalau pakaian, seluar, kasut dan sebagainya yang kita simpan tetapi tidak dipakai lebih tiga bulan, ada hukum tertentu berkaitan perkara itu.
“Saya minta maaf kalau tersilap. Saya bukan nak tunjuk alim, cuma saya ingatkan diri sendiri. Bayangkan pakaian yang saya simpan dari umur 18 tahun sampai sekarang umur 32 tahun.
“Memang banyak yang terbiar. Jadi daripada saya bagi kepada orang yang mungkin tidak menghargainya, lebih baik saya jual dan buat sesuatu yang bermanfaat. Alhamdulillah, sambutannya pun okey kerana barangan yang dijual pun bawah RM50,” kongsinya.
The post Berniaga buat saya rendah diri, berlakon tetap kerja hakiki – Adam Lee appeared first on Utusan Malaysia.
